Siakap Keli

(Video)”Mungkin Dah Janji Nak Masak Daging”, Cerita Noh Hujan Lihat Polis Bersenjata Kawal Ibu-Ibu Desperate Minta Daging

Noh Hujan atau Mohammad Noh Bin Salleh, vokalis kumpulan Hujan bersama isterinya, Mizz Nina yang diketahui seringkali terlibat dengan aktiviti kemanusiaan sempat berkongsi pengalaman mereka menyambut Aidiladha di negara bergolak, Syria baru-baru ini.

Noh dan Mizz Nina adalah antara artis yang menyertai Misi Korban dan Akikah 2018 bersama-sama Persatuan Cinta Syria Malaysia yang tiba di negara itu pada Isnin.

Menurut Noh melalui entry yang dimuat naik di laman Instagramnya berkata dia merasa sangat tersentuh apabila melihat orang awam mangsa perang, terutamanya kaum wanita berebut-rebut mahu mendapatkan daging sembelihan korban.

”Saya pernah sebut di perkongsian terdahulu pasal betapa pentingnya daging korban ini untuk mangsa-mangsa perang ini.

”Rumah ini hanya melakukan penyembelihan dan pemotongan daging korban untuk pelarian di kem yang telah ditetapkan dan bukan untuk mereka (orang-orang kampung berdekatan),” katanya.

Noh juga berkongsi pengalamannya sebaik tiba di pusat sembelihan apabila melihat lelaki bersenjata yang dirasakannya pelik untuk mereka berada di pusat sembelihan

”Rupa-rupanya tugas mereka adalah untuk bersedia kalau-kalau ada orang kampung yang datang untuk meminta daging bertindak agresif,” katanya lagi.

Noh hujan kemudian memberitahu bahawa dia melihat sendiri bagaimana pengendali pusat sembelihan terpaksa menelefon dan meminta bantuan daripada pihak polis untuk mengawal keadaan selepas kehadiran penduduk kampung yang mahu mendapatkan daging semakin bertambah.

”Itu pun polis terpaksa bertegas sedikit kerana kebanyakkannya ibu-ibu yang terdesak untuk (dapatkan) daging.

”Serius kasihan. Dalam otak saya (mereka) mungkin sudah berjanji dengan anak-anak hendak masa daging untuk hari raya haji” kongsinya lagi.

Kata Noh yang turut memberitahu pada entry yang sama bahawa mereka berasa amat bersyukur kerana berjaya mengagihkan semua daging korban ke kem pelarian yang diaturkan sebelum ini.

Perkongsian berhubung aktiviti korban dan akikah di Syiria juga boleh didapati melalui kemas kini di laman Facebook Cinta Syria Malaysia (CSM).

Melalui satu kemas kini, CSM memaklumkan bahawa terdapat dua kumpulan yang ditugaskan untuk menguruskan sembelihan daging korban iaitu pasukan di Syria yang menguruskan sebanyak 280 ekor kambing manakala di Turki dengan 100 ekor kambing untuk pelarian Syria di sana.

Berikut adalah video perkongsian CSM ibadah korban dilakukan di Syria.

Manakala video di bawah adalah perkongsian CSM ibadah korban yang dilaksanakan di Turki.

Sumber : Noh Hujan, Cinta Syria Malaysia

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di