Siakap Keli

Wanita Dakwa Pengasuh Cuai, Anak Lebam Teruk Di Badan Dan Mata, Bila Tanya Pengasuh Tak Sangka Dia Boleh Jawab Macam Nie

Semakin hari semakin banyak kes penderaan bayi yang dilaporkan di media sosial. Seakan pengasuh tidak pernah takut akan tindakan yang akan dikenakan ke atas mereka. Ibu bapa yang bekerja mengharapkan pengasuh dapat menjaga anak mereka dengan baik, tetapi individu yang tidak bertanggungjawab ini memperlakukan kanak-kanak ini sesuka hati. Di manakah rasa belas kasihan dengan anak-anak yang masih kecil dan tidak mengerti apa-apa ini?

Terbaru, perkongsian daripada ibu ini yang mendakwa bayinya menjadi mangsa kecuaian pengasuh di sebuah pusat jagaan. Hati ibu mana yang tidak luluh melihat lebam yang teruk di badan anak. Bukan sahaja tidak mengakui kesalahan, bila ditanya ini jawapan yang diterima dari pengasuh. Memang geram !

Moga perkongsian ini dapat dijadikan pengajaran oleh ibu bapa lain. Buat mereka yang mencari rezeki dengan menjaga anak orang lain, laksanakanlah amanah itu dengan sebaik mungkin. Bayangkan jika orang memperlakukan anak anda sebegini, apa perasaan anda sebagai ibu bapa?

JANGAN JADI PENGASUH KALAU KAU CUAI ATAU KAU JENIS AMBIL MUDAH. KE KAU GILA?

On 2nd August hari yang paling sedih untuk keluarga aku and hanya Allah yang tahu. Anak balik dengan lebam kat belakang badan and mata. Kau cakap abg Hud baling toys pada Lut. Sampai rumah bila check belakang Lut aku tengok lebam teruk.

Tak sedap hati dengan melalak2 tu aku g check kat klinik area Putra Perdana. Doctor check kejap then terus bagi surat kena refer Hospital Putrajaya sebab macam kena abused. Sampai hospital nurse call polis untuk datang and kami kena report polis then baru buat detail check up.

Settle hal dengan polis doctor O&G datang check then Paediatrician pulak datang and hasilnya doctor cakap bukan dari kesan kena toys and possibilities that Lut been abused sangat tinggi. Didera atau tak tu hanya Allah yang tahu.

Yang penting lepas check aku tahu organ dalaman dia ok and tulang belakang die pun ok. Tapi still kena monitor baby lut for few days takut ada apa-apa yang tak kena kena terus datang hospital balik.

Alhamdulillah Baby Lut is doing fine now itu yang penting bagi aku. Bagi yang nak mencari pengasuh berhati-hatilah terutama yang duduk area Pulau Meranti supaya apa yang jadi pada baby Lut tak jadi pada anak2 lain.

Cakap ada cctv and registered with JKM pun belum tentu selamat macam kes baby Lut ni bila jadi kes CcTv pun tak bagi tengok.

Lebih sedih boleh cakap parents lain tak kisah lebam-lebam tu. Seolah2 it’s ok for kids to have those bruises sebab tu even dah jadi kes camni pun still mengasuh cam biasa.

I choose not to do anything to you sebab kau pun seorang ibu. Aku risau kalau aku ambil tindakan apa yang akan jadi pada anak2 kau. Kesian pada anak kau nanti. Tapi apa yang kau buat pada anak aku takkan sekali pun aku lupa. Takpa kau pun ada anak ingat kifarah dari Allah ada. Biar Allah yang balas.

Try not to aibkan siapa-siapa tapi aku rasa tanggungjwab aku tak lepas kalau aku tak up pasal kecuaian kau ni supaya tak jadi pada anak orang lain.

Sumber : Adiba Fazala

 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.