Siakap Keli

Lebih 31% Pelajar Malaysia Pernah Lakukan Hubungan Seksual Sebelum Umur 14 Tahun – Kajian

Gejala seks dalam kalangan pelajar berpunca daripada beberapa faktor seperti ibu bapa, pegangan agama longgar, pengaruh rakan sebaya dan pengaruh teknologi. Menurut satu laporan yang dibuat mengenai fenomena remaja Malaysia dan seks telah didedahkan oleh Healthcare Malaysia Sdn Bhd yang dibuat oleh Durex pada tahun 2002 ke atas 2500 responden lelaki dan wanita yang berumur lingkungan 18–30 tahun tanpa mengira bangsa.

Dapatan kajian mendapati bahawa, remaja yang berumur lingkungan 18 hingga 24 tahun paling kerap melakukan hubungan seks dan melahirkan anak luar nikah. Purata mereka melakukan hubungan seks sebanyak 121 kali setahun atau tiga kali seminggu dan percintaan merupakan faktor utama responden melakukan seks bebas.

Perkara ini bukan sahaja berlaku di negara kita Malaysia, malah masalah ini wujud di peringkat global dan menjadi cabaran dalam pembentukan ketamadunan manusia. Dalam satu kaji selidik yang dijalankan oleh Institut Kesihatan Awam, seramai 12,492 kehamilan remaja direkodkan pada 2016.  Secara purata, 10% hingga 40% gadis belum berkahwin berumur antara 13 hingga 19 tahun telah mempunyai kehamilan yang tak diingini.

Menurut kajian, Pahang menunjukkan bilangan remaja melakukan hubungan seksual paling tinggi dan didapati mereka melakukan persetubuhan dengan sekurang-kurangnya 2 rakan kongsi.  Sebanyak 31.9% pula adalah remaja ini telah mempunyai pengalaman seksual sebelum berusia 14 tahun (Tingkatan 2).

Gambar rajah di bawah menunjukkan statistik secara rumus angka peratusan remaja mengadakan hubungan seksual seawal Tingkatan 1 lagi.  Perkara ini amatlah membimbangkan bukan sahaja para ibu bapa namun pihak pengurusan sekolah juga turut memainkan peranan penting.

Bagi mengelakkan percambahan angka kehamilan luar nikah, pendidikan kesihatan seksual terutama dalam kalangan pelajar ini wajar diberi perhatian khusus kepada komplikasi seks yang tidak selamat serta memperkukuh pemeriksaan kesihatan remaja di sekolah.

Sumber: Report from Ministry of Health

Nur Farra