Siakap Keli

(Video) Kualiti Udara Semakin Terjejas, 700 Satelit Berjaya Rakam Muka Bumi Sedang Terbakar – NASA

Menurut imej satelit baru-baru ini yang ditangkap oleh NASA, titik merah yang dilapisi pada imej menunjuk kawasan-kawasan tersebut mengesan kebakaran yang aktif. Afrika antara negara yang menunjukkan titik merah aktif yang mungkin berpunca daripada aktiviti pertanian yang bantu meningkatkan tanaman namun menghasilkan asap yang melemahkan kualiti udara.

Sistem Maklumat Memeriksa Bumi (EOSDIS) Aplikasi Worldview menggunakan imej dari 700 satelit global, beresolusi penuh dan dikemaskini setiap tiga jam pemerhatian untuk menunjukkan keadaan bumi secara langsung.  Faktor lokasi dan jumlah kebakaran menunjukkan bahawa kebakaran ini dibuat dengan sengaja.

“Peladang sering menggunakan api untuk kembali nutrien ke tanah dan untuk membersihkan tanah tumbuhan yang tidak diingini.”

Keadaan ini mencetuskan jerebu yang sering dihadapi di rantau beberapa negara ASEAN seperti Malaysia setiap tahun.

99 peratus kebakaran di Sumatera dan Kalimantan berpunca daripada amalan pertanian berkenaan yang kerap dilakukan ketika musim kemarau antara April dan Oktober.

Nur Farra