Siakap Keli

Allah Bayar ‘Cash’ Terus Kepada Pemuda Ini, Jumpa Handphone Ingat Nak Jual Tapi Berkat Jujur, Ini Yang Berlaku

Mungkin kisah ini akan membawa banyak pengajaran kepada anda. Semestinya kita harus berbuat baik tanpa mengharapkan balasan, tetapi jika Allah ingin membalasnya di dunia, mungkin ini satu bentuk kebesaran untuk kita mensyukuri setiap nikmat Allah.

Seperti pengalaman yang dikongsikan oleh seorang lelaki apabila telefon bimbit isterinya hilang baru-baru ini. Apabila dicari, rupa-rupanya telefon itu berada di tangan yang selamat apabila disimpan sementara oleh seorang pemuda. Bukan sahaja baik hati, tetapi dia juga sabar menunggu lama di kawasan telefon dijumpai untuk menunggu pemiliknya datang.

Tapi siapa sangka, berkat kejujurannya balasan yang diterima pemuda ini sungguh tidak disangka. Dikala dia berada dalam kesempitan, Tuhan memakbulkan doanya dengan cara yang tidak djangka. Semoga kisah dari Saiful Bahari ini memberi manfaat dan pengajaran kepada kita semua.

”Ni handphone abang, saya jumpa kat atas jalan tepi kereta.”

Nak call pemilik tapi tak tahu password telefon.

Hulur duit sebagai tanda terima kasih.

Menangis terima, rupanya ada kisah tersirat.

Berdoa kepada Allah untuk hantar pertolongan.

Tak sangka, Allah hantar rezeki dengan cara begini.

Wajah dan penampilan tak mencerminkan hati dan perilaku.

Semua ini hanya asbab sahaja kerana pemuda itu sendiri memang berhati baik.

Jadikan kisah ini sebagai ikhtibar.

Pertolongan Allah tanpa henti !

Setiap kali bersedekah, niat seperti ini.

Sumber : Twitter MrSaifulBahari

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.