Siakap Keli

(Gambar & Video) Dah Kenyang Makan, Keluarga Lupa Anak Tengah Tidur Tertinggal Dekat Kedai Makan

Peningkatan jenayah kecuaian dan pengabaian kanak-kanak sejak akhir-akhir ini kelihatan membimbangkan. Pihak yang bertanggungjawab, terutamanya ibu bapa, kelihatan seperti kurang peduli serta kurang berhati-hati dalam mengendalikan urusan berkaitan anak-anak mereka. Pelbagai bentuk kecuaian dan pengabaian berlaku setiap hari. Ini disebabkan oleh pelbagai faktor yang akhirnya telah memberikan impak negatif kepada kanak-kanak.

Kecuaian dan pengabaian bukanlah satu kesalahan yang remeh di sisi undang-undang malahan merupakan satu kesalahan besar yang memberi kesan yang sangat buruk. Pada masa kini, kes kecuaian yang melibatkan ibu bapa terhadap kanak-kanak kian menjadi-jadi. Walaupun ia kelihatan kecil dari sudut luaran, ia sebenarnya menjadi serius apabila kes tersebut melibatkan nyawa, keselamatan dan kebajikan kanak-kanak tersebut.

via GIPHY

Terbaru, tweet lelaki ini, @rizrul tular di media sosial apabila seorang kanak-kanak lelaki dipercayai tidak sengaja ditinggalkan oleh ibu bapanya selepas menikmati makan malam di sebuah restoran yang terletak di Melaka.  Walau bagaimanapun kanak-kanak yang sedang tidur itu diambil semula setelah ibu bapanya menyedari ketiadaan anak mereka di dalam kereta. Haih, macam ni pun boleh ke?

Sumber: Twitter @rizarul

Nur Farra