Siakap Keli

“Saya Tak Gemar Pelawat Datang Sentuh Pesakit Saya,” Padah Ciuman ‘Beracun’ Bayi Jadi Mangsa

Mungkin ada diantara kita yang masih tak faham akan jangkitan kuman yang boleh tersebar hanya dengan cium atau sentuhan pada anak kecil.  Apatah lagi bayi comel, siapa boleh elak nak gomol-gomol kan?

Tapi, tahukah kita bahawa ciuman ‘beracun’ itu mampu menyerang bayi comel tersebut kerana sifat mereka yang masih mempunyai sistem imunisasi yang tidak kuat sekuat orang dewasa?

Gambar Hiasan

Sekarang ni macam-macam kuman dan penyakit berada di sekeliling kita tanpa sedar. Akibatnya banyaklah kesan buruk terutama kepada anak kecil ini.  Perkongsian Doktor Khairi Malik antara salah satu senario yang sering berlaku dalam masyarakat kita.  Jadikan perkongsian beliau sebagai panduan dan semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.

Saya tak berapa gemar kalau pelawat datang sentuh pesakit saya waktu melawat di hospital. Nak tahu kenapa?

Yes, semalam pesakit saya yang berumur 1 bulan hampir-hampir dimasukkan tiub pernafasan disebabkan jangkitan kuman yang teruk.

Gambar Hiasan

Aku pelik. Waktu baby masuk wad semalam, keadaan baby ok je. Tak payah pakai oksigen pun. Hari semalam tiba-tiba nafas laju. Kadar pernafasan 66 dalam 1 minit.

Waktu aku refer pakar paediatrik, first question yg pakar tanya, “ada sesiapa yg sakit tak sentuh baby waktu visiting hour tadi?”.

Aku tanya ibu. Ibu jawab “ada doktor. Ramai sangat yang pegang peluk cium. Yang mak cik-mak cik selesema demam-demam berhingus pun cium baby juga. Pak cik-pak cik dia yg merokok pun terus cium baby lepas merokok.”

Ya Allah terkejut aku waktu dengar apa yg si ibu cakap. Ok dalam hal ni bukan salah staff. Staff memg tak digalakkan untuk mengganggu pesakit dan pelawat waktu masa melawat. Takkan lah waktu masa melawat staff nurse kena jadi britain guard berdiri sebelah katil pesakit kan.

Gambar Hiasan

Ya. Sekarang baby tu sudah dihantar ke hospital berpakar. Mudah-mudahan baby tu selamat. Please laaa nak pesan sikit

1) kalau diri sendiri sakit atau demam tak perlu la nak pegang-pegang cium baby. Daya pertahanan bayi tak sama macam kamu.

2) tak perlu la cium baby kalau rasa diri tu merokok. Nak suruh berenti merokok karang banyak pulak alasan. So baik berhenti cium baby .

3) kalau waktu melawat, kalau boleh melawat la secara bergilir-gilir. Masuk tu kalau boleh 2 orang sekali at a time, bukannya terus 10 orang masuk duduk sekeliling katil. Sebab persekitaran yg crowded tak bagus untuk ventilation.

Ok itu alasan saya kenapa saya kurang gemar pelawat sentuh pesakit saya waktu melawat. Yang menanggung bukan kamu, tapi pesakit sendiri dan ibu bapa dia.

#yesimpostcalltoday
#grumpymo

Sumber: Khairi Malik

Nur Farra