Siakap Keli

(Video) Rakam Video Kentut Di Tempat Kerja Selama Enam Bulan, Pengawal Keselamatan Ini Dipecat Dari Tugas

Seorang lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hospital kini dipecat berikutan rakaman video kentut di tempat kerja selama enam bulan tular.

Video yang memaparkan dirinya sedang kentut dimuatnaik oleh Doug ke dalam akaun instagram miliknya setiap bulan selama enam bulan berturut-turut.

Jelas Doug, kelakuannya itu bermula apabila pada satu hari dia berjaya merakam bunyi kentutnya sebelum menghantar rakaman tersebut ke dalam kumpulannya di dalam aplikasi Whatsapp.

Rakan-rakannya yang melihat video itu berasa lucu dan mencadangkan Doug untuk memuat naik rakaman itu ke media sosial.

Pada 25 Mac lalu, Doug memuat naik video pertamanya dan berterusan hingga enam bulan hingga akaunnya itu menjadi tular dan dia dipecat dari tugasnya.

Lelaki yang bekerja sebagai pegawai keselamatan hospital ini dipecat berikutan didapati melanggar polisi syarikat yang mmelarang pekerjanya untuk menggunakan telefon bimbit semasa bertugas selain sikap degil Doug yang enggan mengikut arahan meskipun telah ditegur.

Bagaimanapun, kini Doug menghasilkan pendapatan melalui akaun instagramnya yang memiliki kira-kira 60,000 pengikut dengan membuat promosi barangan jualan dan video muzik.

Sumber- Dailymail

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar