Siakap Keli

Atlet Malaysia Dicabar, Instagram Syed Saddiq Diserang

Jaguh pencak silat negara, Mohd Al Jufferi semalam tewas dalam final saingan kelas E Putra dengan penuh kontroversi di Silat Taman Mini Indonesian Indah kerana kecewa meraih pingat perak.

Mohd Al Jufferi menarik diri 2 saat sebelum aksi tamat kerana dipercayai keputusan berat sebelah oleh juri yang mengadili perlawanan terbabit.

Pada aksi final itu, Al Jufferi bermula dengan perlahan apabila ketinggalan 1-4 pada pusingan pertama, namun berjaya bangkit mendahului 3-2 di penghujung pusingan kedua.

Bagaimanapun, keputusan itu berubah dalam keadaan penuh kontroversi apabila setiap pukulan dan tendangan Al Jufferi tidak dikira beberapa juri sebaliknya markah diberikan kepada pesilat tuan rumah yang mengakibatkan beliau mengambil keputusan bertindak keluar daripada gelanggang.

Susulan kejadian itu, rata-rata rakyat Malaysia dan Indonesian meninggalkan komen yang bercampur-baur di ‘status’ video yang di muat naik Menteri Belia dan Sukan serta laman media sosial.

Memetik laporan media, Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Omardin dalam satu kenyataan berkata kerisauan beliau akhirnya terjadi juga apabila ketidakadilan juri dari Korea Selatan dan Laos membuatkan beliau meminta Jufferi untuk meninggalkan gelanggang.

Sumber: Syed Saddiq, Bernama, Twitter @syfdnalias

Nur Farra