Siakap Keli

Bermain-Main Semasa Sesi Bertafakur, Kanak-Kanak Sembilan Tahun Maut Dibelasah Sami

KANCHANABURI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas dipercayai dipukul dan dihentak pada tiang batu oleh seorang sami di sebuah kuil di Kanchanaburi.

Semasa kejadian, Suphachai Suthiyano, 64, dikatakan mengamuk apabila mangsa, Wattanapol Sisawad bermain-main ketika sesi tafakur di sebuah kuil di Kanchanaburi, hujung minggu lalu.

Suspek dikatakan memukul mangsa dengan batang buluh di bahagian belakang badan beberapa kali sebelum menghentak kepala mangsa pada tiang batu.

Akibat dari tindakan suspek, kanak-kanak itu koma sebelum meninggal dunia kelmarin.

Suspek yang dipecat selepas ditahan Ahad lalu, telah didakwa di mahkamah dan ibu mangsa, Sukunya Tunhim memberitahu media tempatan, dia tidak akan memaafkan perbuatan sami tersebut.

Sumber-Dailymail

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar