Siakap Keli

Yuran Konsultasi Lebih Mahal Di Klinik Swasta Tidak Lama Lagi

Orang ramai boleh menjangkakan yuran konsultasi lebih mahal dicaj oleh doktor di klinik swasta tidak lama lagi berikutan caj pengamal am antara RM10 dan RM35 akan dinaikkan kepada antara RM35 dan RM125.

Kenaikan itu dipersetujui pada ‘Sesi Town Hall: Konsultasi Pihak Berkepentingan Bagi Cadangan Semakan Caj Pengamal Am’ yang berlangsung di Kementerian Kesihatan di sini, hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas menjadi moderator pada sesi itu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata semakan caj itu memang sudah tiba masanya berikutan kali terakhir dilaksanakan pada 2006.

“Lagi rumit penyakit dihidapi seseorang itu, lebih tinggi caj konsultasi akan dikenakan. Harga siling bagi caj konsultasi adalah RM125,” katanya.

Dr Azman berkata sesi ‘town hall’ atau dialog hari ini adalah sesi terakhir sebelum beliau menyerahkan kertas cadangan semakan caj itu kepada Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

“Menteri Kesihatan kemudian akan menyerahkan cadangan semakan caj pengamal am itu ke Jabatan Peguam Negara dan, jika semuanya berjalan lancar, ia akan diserahkan kepada Kabinet untuk disahkan,” katanya.

Dr Azman tidak menolak kemungkinan caj baharu konsultasi itu akan dilaksanakan pada awal tahun depan.

Beliau berkata kementerian juga telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai kumpulan berhubung perkara itu.

“Dan, hari ini, kami menghimpunkan semua pihak berkepentingan, bukan sahaja doktor yang mengusahakan klinik sendiri tetapi juga badan bukan kerajaan dan kumpulan pengguna. Ini untuk memastikan semakan caj pengamal am ini dilakukan secara adil,” katanya.

Sumber : BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di