Siakap Keli

(Gambar) Lelaki Bawa Tong Gas Masak Tengah Jalan Mengakibatkan Trafik Sesak Teruk

Seorang lelaki di Guangdong, China telah menyebabkan lalu lintas yang teruk apabila dia memasak di tengah-tengah jalan raya tersebut.  Kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi itu telah mengejutkan ramai orang.

Apa yang lebih mengejutkan apabila lelaki terbabit menarik tong gas ke tengah jalan, mula mencangkung dan memasak makanan tengah harinya.  Dia kelihatan sedang memasak mee walaupun pada saat itu cuaca sedang hujan.

Lorong dua hala semakin sesak apabila setiap kereta yang melalui jalan tersebut cuba untuk mengelakkan diri daripada lelaki itu sehingga menyebabkan kemalangan kenderaan lain.

Para pemandu yang tak puas hati dengan tindakan terbabit bertindak menyebarkan hal itu melalui laman media sosial dan menyiarkan peta perjalanan yang perlu dielakkan untuk meminta pemandu lain tak menggunakan jalan yang sama.

Pihak polis akhirnya sampai di tempat kejadian dan menangkap lelaki tersebut.  Mereka berpendapat dia tidak mempunyai tempat tinggal serta masih belum jelas keadaan sebenar fizikal dan mentalnya.

Sumber: Kuaibao

Nur Farra