Siakap Keli

Gastrik Ketika Hamil Merunsingkan Si Ibu, Adakah Ianya Berisiko kepada Sang Anak Dalam Kandungan?

Gastrik ketika hamil dan pedih ulu hati adalah suatu perkara yang normal dan dialami oleh 45%-80% wanita. Ia turut dikaitkan sebagai gastroesophageal reflux disease(GERD), di mana ia melibatkan ketidakselesaan pada bahagian sekitar perut dan ulu hati, terutamanya pada trimester pertama dan kedua kehamilan.

Gastroesophageal reflux disease(GERD) berlaku apabila asid perut kerap mengalir kembali ke tiub yang menyambungkan mulut dan perut (esofagus). Backwash ini (asid reflux) boleh mengganggu lapisan esofagus anda(1).

Dalam pencernaan normal, lower esophageal sphincter (LES) terbuka untuk membolehkan makanan masuk ke dalam perut dan ditutup untuk mencegah jus perut makanan dan berasid dari mengalir kembali ke esofagus.

Reflux gastroesophageal berlaku apabila LES lemah atau melegakan tidak sesuai, yang membolehkan kandungan perut mengalir ke dalam esofagus(2).

Gambar : The healthsite

Punca Gastrik Ketika Hamil

Tubuh wanita akan mengalami banyak perubahan ketika hamil, dan salah satu daripadanya ialah gas yang dihasilkan oleh badan mampu menyebabkan ketidakselesaan. Ini adalah perkara normal pada setiap wanita yang sedang mengandung(3).

Progesteron hormon adalah salah satu punca utama gas berlebihan semasa kehamilan. Oleh kerana badan menghasilkan lebih banyak progesteron ketika mengandung, fungsi progesteron adalah untuk melegakan otot di dalam badan(3).

Ini termasuk otot-otot usus. Otot usus akan bergerak lebih perlahan bermakna pencernaan wanita hamil akan mengambil masa yang lama. Dengan ini, ia membolehkan gas untuk dihasilkan lebih banyak menyebabkan kembung perut dan wanita hamil akan sentiasa sendawa bagi mengeluarkan angin(3).

Gambar : slideshare.net

Apabila asid perut naik ke bahagian esofagus dan sesekali hingga ke tekak atau mulut, ia akan meninggalkan rasa masam dan pahit(4).

Setiap individu akan buang angin sebanyak 12 kali atau lebih sehari. Apabila rahim wanita mengembang ketika hamil, ia akan mengambil ruang pada rongga abdomen dan menjadi punca proses pencernaan menjadi lambat daripada biasa(3).

Gejala

Berikut merupakan gejala yang berkaitan dengan gastrik bagi wanita yang hamil(3):

  • Perut kembang
  • Rasa pedih ulu hati
  • Sembelit
  • Banyak angin dalam badan
  • Rasa ketidakselesaan pada badan
Gambar : Parenting.firstory

Cara Mengatasi Gastrik Ketika Hamil

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh dilakukan sekiranya wanita hamil mengalami simptom-simptom yang berkait dengan ketidakselesaan perut atau gastrik ketika hamil.

1. ELAK MAKANAN YANG ‘BERANGIN’

Setiap manusia mempunyai ketahanan yang berbeza terhadap jenis makanan tertentu. Sungguhpun begitu, terdapat beberapa jenis makanan yang paling biasa menyebabkan berlakunya gejala pedih ulu hati dan kembung perut. Makanan tersebut adalah bijirin, kentang dan sayuran seperti kobis, kobis bunga dan brokoli. Ia mengandungi raffinose, yang boleh menyebabkan kita mudah terasa kembung.

Selain itu, sesetengah wanita mudah mengalami masalah pencernaan apabila meminum kopi, jus buah-buahan, serta memakan makanan yang berlemak dan berempah. Elok juga jika anda mengehadkan pengambilan makanan dan minuman berproses, terutamanya soda yang mengandungi sirap jagung fruktos (fructose corn syrup) dan juga karbonat yang boleh menambahkan lagi masalah pencernaan.

Gambar :ugetuget.com

2. MAKAN DALAM KUANTITI KECIL

Jika sebelum ini anda biasa memakan 3 hidangan utama setiap hari, cuba pecahkannya kepada 5 hidangan yang lebih kecil setiap hari.

Dengan cara ini, tubuh anda mempunyai masa untuk mencernakan makanan dengan lebih efisyen.

3. PERBETULKAN POSTUR

Perbetulkan postur anda ketika sedang melakukan kerja-kerja harian. Pastika anda sentiasa duduk dengan tegak dan jangan membongkok.Elakkan berbaring sekurang-kurangnya satu jam selepas makan.

Jika anda selalu mengalami kesakitan ini pada waktu malam, gunakan banyak bantal untuk meninggikan kepala katil anda. Graviti dapat membantu mengekalkan asid perut di tempat yang sepatutnya untuk mengelakkan masalah gastrik ketika hamil.

Gambar : dik.my.id

4. PAKAI PAKAIAN SELESA

Elakkan pakaian yang ketat dan berlapis-lapis, terutamanya di sekeliling perut. Pakaian yang selesa juga dapat memudahkan pergerakan anda agar lebih aktif.

Gambar :Mother, Baby & Kids – Motherhood.com.my

5. BERSENAM

Senaman ringkas seperti berjalan, menarik nafas, dan menaiki tangga dapat memberi kesan positif kepada masalah gastrik ketika hamil. Di samping itu, ia mempercepatkan pencernaan dan dapat mengatasi masalah sembelit.

Senaman juga dapat meningkatkan kualiti kesihatan anda secara keseluruhannya serta membebaskan anda daripada stres.

Gambar : strengthsifoo.com

Dapatkan Ubat Daripada Doktor Sekiranya Perlu

Sekiranya rasa tidak selesa dan kesakitan berterusan, berjumpalah dengan doktor agar mereka dapat mempreskripsikan ubat yang tepat.

Sesetengah ubat jenis antacid atau alginate boleh dibeli di farmasi. Namun, periksalah dahulu dengan doktor anda untuk memastikan ianya selamat diambil semasa hamil. Ini kerana, sesetengah ubat-ubat atau suplemen yang diambil tanpa usul periksa mempunyai kesan sampingan dan mungkin menjadikan masalah gastrik ini menjadi lebih teruk.

 

Rujukan

  1. MayoClinic
  2. WebMD
  3. Doctor On Call
  4. Zuriat

Amy Noreffaziera

Jatuh bangun sendiri.. Tiada apa yang mustahil selagi kita berusaha..
_Jinsei o tsuyoku shite tatakau (Keep strong and fighting for life)_ =D ..#Ridergirl #Amiey