Siakap Keli

Indonesia Terus Digegar Gempa Bumi Kuat, Kali Ini Di Wilayah Nusa Tenggara Timur

Selepas Pulau Lombok, Indonesia terus digegar gempa bumi, kali ini di wilayah Nusa Tenggara Timur dengan gempa bumi berkekuatan 6.2 magnitud, sebentar tadi.

Info mengenai gempa tersebut dikongsi melalui twitter Pusat Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat yang tidak menyebut mengenai amaran tsunami.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada pengesahan mengenai sebarang kejadian kehilangan nyawa mahupun kerosakkan harta benda.

Portal berita antarabangsa melaporkan bahawa gegaran pada kedalaman 10 kilometer itu berpusat kira-kira 100 kilometer tenggara Kupang, ibu kota Nusa Tenggara Timur.

Sebelum ini, dua gempa bumi besar yang melanda Pulau Lombok pada 29 Julai dan 5 Ogos menyaksikan sekurang-kurangnya 555 orang terkorban, termasuk seorang rakyat Malaysia.

Sehingga kini, kira-kira 390,000 orang mangsa dipindahkan akibat bencana tersebut, menurut kenyatan daripada Jabatan Pengurusan Bencana Indonesia.

Sumber : Channel News Aisa

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.