Siakap Keli

Najis Dalam Lampin Bayi Dapat Lawan Penyakit, Kuruskan Badan – Kajian

Satu kajian dijalankan oleh sepasukan saintis mendakwa najis bayi sebenarnya mengandungi probiotik yang berupaya meningkatkan kesihatan usus dan melawan pelbagai penyakit.

Dalam ujian yang dijalankan ini, puluhan lampin kotor telah digunakan. Beberapa tikus menjadi bahan ujikaji itu menunjukkan sistem pertahanan badan mereka menjadi lebih kuat.

‘Koktel’ probiotik yang diperbuat daripada bakteria dalam najis bayi dikatakan boleh menambah baik kesihatan secara keseluruhan.

Selain itu, ia juga dikatakan mampu membantu anda untuk menurunkan berat badan.

Kajian tersebut dijalankan di Sekolah Perubatan Wake Forest, utara Carolina dan diterajui oleh Dr Hariom Yadav.

‘Koktel’ probiotik sihat itu dihasilkan menggunakan lampin kotor yang mengandungi najis 34 bayi.

Pasukan itu juga berkata najis bayi mungkin menjadi kunci utama untuk melawan perlbagai penyakit.

Orang yang mengalami kembung perut atau masalah pencernaan sering dinasihatkan untuk memakan makanan yang mengandungi probiotik, termasuk yogurt dan kobis.

Para saintis mengatakan bahawa mereka teruja dengan perkembangan kajian itu.

Sumber : Sky News

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.