Siakap Keli

Padah Cederakan Anak Sendiri, Bapa Ini Nyaris Mati Dibelasah Banduan Lain Dalam Penjara

Padah mendera anak sendiri ketika masih bayi punca dia masuk penjara, seorang lelaki nyaris maut apabila dibelasah oleh beberapa banduan yang berada di dalam sel yang sama.

Tony Smith, 47, diikat pada kerusi sebelum diserang dengan menggunakan stokin yang berisi tin tuna dan kepingan besi di penjara Swaleside, kepulauan Sheppey di Kent, 7 Ogos lalu.

Smith yang mengalami patah tulang rusuk dan rahang selain turut retak di bahagian mata itu sempat diselamatkan oleh pegawai penjara.

Dia dipenjarakan bersama teman wanitanya, Jody Simpson, 24, atas kesalahan mencederakan anak mereka pada tahun 2014.

Terdahulu, pasangan ini didapati bersalah atas dakwaan mencederakan anak mereka yang baru berusia 41 hari sehingga kakinya terpaksa dipotong.

Bayi malang itu mengalami kecederaan lapan tulang retak dan kakinya terpaksa dipotong selepas didera dengan badannya ditarik dan dipulas sebelum dihantar ke hospital 10 hari kemudian.

Sewaktu perbicaraan mahkamah, pasangan itu memberi alasan lambat menghantar anak mereka ke hospital kerana sedang menunggu tukang paip.

Smith yang juga penagih dadah jenis heroin dan Simpson dipenjara selama 10 tahun bermula Februari lalu.

Kini, anak mereka yang berusia tiga tahun berada dibawah jagaan keluarga akan baharunya.

Sumber- Dailymail

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar