Siakap Keli

Ramai Mak Ayah Tak Tahu Rupanya Label Ini Kena Ada Pada Baju Anak, Baru lah Selamat

Pernah tak ibu bapa di luar sana belek dulu label yang terdapat pada pakaian anak-anak sebelum beli? Kalau anda nak tahu, setiap label ini membawa maksud tertentu.

Pernah lihat atau tidak label ‘low fire danger’ yang terdapat pada baju kanak-kanak? Kalau di luar negara kebanyakan hampir semua baju kanak-kanak terdapat label ini kerana ia memberi ciri keselamatan kepada baju dan telah melalui ujian sebelum dipasarkan kepada pengguna.

Jom ikuti perkongsian Puan Noorzuliana Azhar seperti di bawah ini. Semoga bermanfaat kepada semua ibu bapa di luar sana.

APAKAH MAKSUD “LOW FIRE DANGER” PADA BAJU KANAK-KANAK?

Pernah terfikir tak kenapa baju-baju (kebiasaannya baju tidur bayi/kanak-kanak) yang diimport dari luar negara ada label sebegitu? Penting atau tidak kita untuk ambik tahu?

Selama ni kita ignore aje. Baju-baju Made in Malaysia tak ada pun label macam ni. Tapi kalau di oversea memang hampir semua kita jumpa.

Ini adalah ciri keselamatan pada baju mereka yang ditetapkan dalam garis panduan pembuat baju. Sebelum baju mereka dipasarkan kepada pengguna, harus melalui ujian-ujian bagi membolehkan “Low fire danger” label dipasangkan.

Tahukah kita bayi dan kanak-kanak adalah golongan yang sukar menyelamatkan diri sendiri jika berlaku kebakaran di rumah? Terutama ketika mereka tidur, selalunya baju tidur atau pajama mereka disambar api dengan mudah dan risiko untuk kulit melecur adalah tinggi dan boleh mengakibatkan fataliti.

Baju-baju label begini memperlahankan sambaran api dan mengurangkan risiko kulit melecur. Untuk faktor keselamatan anak-anak, carilah baju yang mempunyai label begini. Eh tapi, bila anak-anak pakai baju ada label macam ni jangan biar je pulak diorang main api ke atau tak evacuatekan diorang cepat-cepat jika terjadi kebakaran. Kang mama tepuk dahi awak!

“Safety starts from home.”

Sumber : Noorzuliana Azhar

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.