Siakap Keli

Tol Percuma Di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) Sempena Merdeka

Berita baik bagi pengguna Lebuhraya Maju Expressway (MEX) yang ingin memulakan perjalanan pada cuti umum sempena sambutan kemerdekaan ini.

Maju Expressway Sdn Bhd, pengendali MEX akan memberikan tol percuma kepada semua kelas pengguna lebuh raya itu bermula jam 12 tengah malam 30 Ogos sehingga jam 11.59 malam pada 31 Ogos ini sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018.

Menerusi satu sumber, Maju Expressway berkata, laluan tol percuma itu bertujuan menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Laluan tol percuma ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 110,000 warga kota yang ingin menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan di di Kuala Lumpur dan Putrajaya,” mengikut kenyataan sumber.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tol percuma dan laporan trafik, pengguna boleh melayari akaun MEXTraffic Twitter dan MEXTraffic Facebook atau menghubungi talian 03-83159111.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.