Siakap Keli

(Video) Viral Gadis Jeng Jeng Jeng, Ia Bukan Sekadar Jenaka, Sarat Dengan Emosi Sebenarnya

Baru-baru ini viral di media sosial mengenai satu klip video yang menunjukkan seorang gadis menari sambil menyanyi ”Jeng Jeng Jeng” dalam satu rancangan yang disiarkan di salah sebuah stesyen televisyen milik kerajaan.

Video tersebut yang dikongsi di pelbagai platform antaranya Twitter telah menarik perhatian ramai pengguna yang nyata terhibur dan pada masa yang sama, turut tertanya-tanya apakah perkara sebenar yang berlaku.

Seorang lagi netizen memberi komen bahawa sesetengah orang tidak lagi mahu menonton teater kerana menganggap persembahan yang dibuat adalah mengarut.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang meninggalkan komen bahawa persembahan tersebut adalah sebahagian daripada teater Kembang Layarku, di bawah seleberiti popular tanah air, Fauziah Nawi.

 

Nyata, berdasarkan kemas kini daripada laman facebook rasmi Fauziah Nawi, individu-individu yang viral tersebut sememangnya sebahagian daripada anggota-anggota teater Kembang Layarku. Malah, teater ini sebenarnya sudah bergerak sekian lama dan segala aktiviti mereka boleh diperoleh melalui laman facebook rasmi, Sanggar Teater Fauziah Nawi.

Malah, perkara tersebut turut dilaporkan oleh sebuah portal berita tempatan berbahasa Melayu. Menurut portal tersebut, Fauziah mengesahkan bahawa video tersebut tular ketika persembahan teater tersebut sudahpun melabuhkan tirainya.

Portal tersebut turut melaporkan bahawa pada awalnya, mereka yang terlibat di dalam video viral tersebut enggan memaklumkan kepadanya kerana risau dia berkecil hati atas alasan telah memalukannya.

Bagaimanapun Fauziah memberitahu bahawa dia tidak kisah dengan penularan video tersebut kerana sedikit sebanyak telah membuatkan orang ramai menyedari mengenai kewujudan teater Kembang Layarku walaupun sudah selesai dipentaskan.

Mengulas mengenai video viral tersebut lagi, Fauziah memberitahu bahawa orang rami hanya melihat sebahagian sahaja daripada teater tersebut dang menganggap ia adalah satu jenaka, sedangkan secara keseluruhan, cerita yang dipersembah sarat dengan emosi dan pengajaran, seperti yang dilaporkan berita tersebut.

Sumber : Fauziah NawiSanggar Teater Fauziah Nawi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.