Siakap Keli

Boss Tersilap Titik Perpuluhan, Pekerja Untung Dapat Gaji Berlipat Ganda

Seorang penjawat awam kerajaan Wilayah Utara di Australia mendapati dirinya menjadi separuh jutawan setelah bahagian pembayaran gaji di tempat kerjanya tersalah tempat perpuluhan ketika membuat kira-kira membayar gajinya.

Penjawat awam yang enggan dikenali itu bertugas di Jabatan Perkhidmatan Koporat dan Maklumat (DCIS) mempunyai gaji $4921.76 (RM14,837.09), namun disebabkan kesilapan manusia, dia sebaliknya dibayar sebanyak $492,176 (RM1.5 juta).

Kesilapan terlebih bayar tersebut dilakukan ketika pembayaran gaji September tahun lepas. Walaupun telah diarahkan untuk mengembalikan wang terlebih bayar tersebut dengan segera, pekerja berkenaan memerlukan masa sehingga sebulan untuk menyelesaikan perkara tersebut.

”DCIS mendapati terdapat dua jenis kesilapan manusia dalam mengakibatkan kecuaian ini berlaku iaitu kesilapan ketika memasukkan data awal dan kegagalan untuk menangani laporan berkecuali yang dikeluarkan dengan sebaiknya,” kata jabatan tersebut.

”Laporan berkecuali melalui Sistem Pesanan Transaksi telah memberi amaran mengenai kejanggalan tersebut dan mengarahkan pergawai berkenaan untuk membuat semakkan semula.

”Seorang Pegawai Senior DCIS telah menyemak amaran yang dikeluarkan oleh Sistem Pesanan Transaksi, bagaimanapun pembayaran tersebut telah pun diluluskan,” kata DCIS lagi.

Kecuaian tersebut merupakan antara 743 kejadian lebih bayar gaji yang dilakukan oleh pegawai-pegawai DCIS kerajaan Wilayah Utara antara Julai 2017 sehinggan Januari 2018.

Daripada jumlah keseluruhan terlebih bayar, sebanyak $767,000 (RM 3.1 juta) belum dikembalikan.

Sumber : NT News Au

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di