Siakap Keli

“Gelap Mata Beb, Memang Duit Tak Masuk Pun Dalam Bank,”Lelaki Kongsi 5 Kesilapan Kecundang Dalam Perniagaan ‘Car Wash’

Ramai diantara kita dah mula mengorak satu langkah ke hadapan mencari peluang pekerjaan dan perniagaan sendiri demi untuk menambah baik tahap kehidupan.

Tapi sedarkah kita, mencuba nasib dalam perniagaan yang ingin dijalankan sendiri tanpa ilmu yang cukup boleh mendorong kepada beberapa risiko?

via GIPHY

Mistake is must because mistake is a progress on reality orang putih kata.  Daripada kesilapan tersebut membuatkan kita sedar dan mula belajar memperbaiki kekurangan.  Samalah senarionya yang dikongsi oleh Tuan Muhamad Nasron ini.  Beliau pernah memiliki sebua perusahaan perniagaan mencuci kereta namun kecundang apabila menyedari beberapa kesilapan telah berlaku.

Perkongsian ini wajar dijadikan panduan buat pengusaha-pengusaha perniagaan di luar sana terutamanya anak muda yang baru hendak berjinak-jinak dengan perniagaan sendiri.  Segalanya bermula dengan ilmu, tanpa ilmu setiap keputusan yang diambil akan memberi impak secara langsung dan tidak langsung kepada perusahaan yang dijalankan.  Mari baca perkongsian beliau, semoga bermanfaat.

KESILAPAN KAMI KETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN CAR WASH, UNTUK KITA SAMA-SAMA PELAJARI.

Since ada permintaan minta aku huraikan mengapa kami boleh kecundang dalam perniagaan car wash kami circa 2007 haritu, meh aku list out beberapa points agar dapat kita bersama ambil manfaatnya dan jangan diulang kesilapan kami, shall we?

Atas kertas, perancangan kami memang dah cukup baik! Berikut aku nyatakan plus points and strategy yang kami dah bersedia sebelum kami mula perniagaan kami;

1) Modal yang tak berapa besar!
– sewa kedai rm1500 sahaja! (Deposit around rm4500)
– machines; water jet, snow mixer, air compressor, vacuum total around rm3k (sekenhen, utk startup)
– other tools; kain absorbent, sabun snow, chemicals etc around rm1k
– total up gedebuk gebedak hanya less rm10k utk kedai up n running.

2) Selling Points
– kau tengok, dari 2006-2007 lagi kami dah pikir bende ni.. kau, masuk kelas sana sini baru tau apa tu USP kahkah
– USP killer kami, ialah KAMI PIONEER!
– tiada car wash yang selesa pada masa tu. Kebanyakannya di bawah pokok, maka kami create car wash dalam building, siap lounge! Ada TV, ruang solat, Wifi, toilet, newspapers, magazines & mesin urut!
– car wash biasanya hanya cuci luar and vacum dalam. Extra service polish & wash. Tapi kami different! Kami tembak angin upholstry and dashboard kereta, seat etc. Habuk celah-celah semua hilang!

3) Technical Expertise
– since aku memang tak reti operate machine carwash, kebetulan pakcik kami mmg ada pengalaman, so kami import dia bawak Kajang and lead me & the team technically.
– aku pun banyak buat kajian tentang cara pembasuhan kereta; cthnya basuh dari body atas dahulu membawa ke bahagian bawah agar pasir tak lekat and calarkan upper body. Kami iklankan and tampal di serata dalam kedai agar customers tau, kami belai kereta mereka!

4) Repetition
– car wash ni, bisnes yang tinggi repetition of customers. Dengan selling points kami di atas, kami percaya mereka akan lekat pada kami.

5) Upselling & Cross selling
– kami pelbagaikan servis: sapu RainX, jual RainX, polisher & wax, headlamp cleaning, 3 layer polish & wax, dashboard shine etc.
– kami letak chiller, jual air tin n air kotak. Pastu letak kelapa jelly. Side income yg tak berapa nak side lah! Byk untung ni!
– ermm masa ni kami panggil produk & servis tambahan je.. tak pandai term upsell n cross sell lagi hihihi

6) Added Personal Touch & Loyalty
– Sambil shine tayar, SOP kami akan intai bunga tayar.. kalau botak kami akan inform customer (perghh SOP! Time ni kami panggil “wajib buat” je hohohoo)
– masa lap air, kami akan buka boot n bonnet engine bay juga lap kering bahagian tepi and keluarkan daun kering, sambil tu “wajib buat” kami ialah intai level air and sabun wiper dan beritahu cust. (Minyak itam idok lerrr itu biar bengkel lah!)
– kami tampal sticker di windscreen belah dalam sama macam sticker servis kereta tu.. ada logo, nombor telefon ngn ayat power. ayat tak ingat dah haahha!
– kami buat package loyalty; Membership. Print kertas and laminate agar nampak professional.. org lain buat kertas cop huduhhh

7) Premium Pricing
– dengan 6 points di atas, kau rasa kami nak letak harga macam car wash bawah pokok cherry tu? Rate masa tu rm9 sedan… sorry! Kami letak premium pricing, starts from rm11! Masih mematuhi adab berniaga dalam Islam, jangan LEBIH or KURANG price 30% from market price. Kami tak rosakkan harga market, bahkan kami menaikkan standard market car wash!

So, dengan target kami hanya 20 biji kereta sehari buat basic cleaning servis sahaja, kami sudah boleh cover cost dan dapat untung!

Yup, tu kalau basic cleaning sahaja. Belum lagi jualan air, RainX, servis tambahan mcm wax n polish tu!

Dan jangan lupa, hasil kerja keras isteri, Masviona Muhamad gi terjah car dealers tu, Nissan, Perodua, Proton dan used car serta kereta sewa sekitar jadikan kami sebagai panel car wash mereka! Kami ada few hundreds of ready customers already!

Juga geng Teksi! Mereka ni SETIAP HARI basuh kereta tau! Kami ikat dan beri special rate! Ini pun pelanggan yang sudah confirm ada!

Boleh dikatakan tiap bulan memang ada untung!

Kami siap upgrade beli new sets of machines lepas 3 bulan operasi oiii! Beli compressor yang besar HP, tukar vacuum yang heavy duty siap, beli plak mesin polisher yg macam grinder tu!

Perghh indah bukan? Menjadi betul bisnes nii!!

Tapi… kenapa kami gagal juga? Haaa sampai jugak bab ni!

Baiklah..  Berikut adalah sebab kenapa kami gagal.

1) TIADA DISIPLIN DUIT

– Walau perniagaan kami berdaftar, ada SSM, ada lesen premis MPKJ, ada bank account perniagaan, tapi kami culas!

Maklumler… cash transaction beb! Memang gelap mata!

Duit jualan kami tak bankin semua pun kahkahkah! Enjoyyy hoiiii hahhaha

2) TIADA PENGALAMAN MENGURUSKAN MANUSIA

– Staffing issues. Masa ni memang carca merba. Employ family members.. tak capai kehendak kita sebagai majikan. Serba tak kena.. tak tegur jadi carca merba.. tegur, sentap pula. Kami pun masa ni hati belum kental.. mudah cair kahkah

3) TAKUT PADA PERSAINGAN

– Cukup 8 bulan kami beroperasi, mungkin dek kerana prestasi yang baik, customers yang tak putus, tetiba buka pula 1 lagi car wash yang sama konsep kat seberang jalan kahkahkah!

Kami panik!

4) MASA & FOKUS

– Aku time ni tengah sedap makan gaji, jawatan pun boleh tahan.

Dan pula aku menguruskan projek sistem yang digunapakai seluruh Malaysia. Banyak masa aku habis untuk outstation juga. Sejak mula setup car wash, aku banyak “mengelat” utk outstation. Clients aku sudah bising katanya Boss susah nak jumpa dah sekarang.

Tambahan, tahun 2006 kami baru pindah masuk rumah baru. Banyak kerja renovasi dibuat. Nak urus rumah lagi. Avin pulak 2007 dah ada dengan kami.. so timing lari.

Pengurusan masa kami jadi out.

Kami hilang fokus.

5) FAKTOR PHD LUARAN!

via GIPHY

– Alaa.. PHD.. perasaan hasad dengki..

Dek kerana masalah man power, kami employ 2 bangladesh.

Pergh 2 orang ni kerja memang bagus.. 2 orang ni je dah leh replace 4 orang tenaga kerja local.. serius tak tipu!

Kami dah lega dah masa ni.. dedua bangla ni mmg efisen n boleh diharap. Buka kedai on time. Kedai terjaga bersih. Pelanggan hepi sbb bangla ni ikut semua syarat “wajib buat” tu!

Tapi… mungkin ada yang tidak senang. JTK dan imigresen sudah mula hello hello kami.. katanya ada orang report…

Ermmmm ermmm ermmmm. Nah.. sekarang kau tengoklah..

Dari secantik-cantik planning.. Sehingga planning yang mmg proven setelah beroperasi, keuntungan memang dijana..

Tapi dek kerana 5 sebab tu je, hancur beb!

Bagi aku, penyebab terbesar ialah nombor 4.. masa dan fokus.

via GIPHY

Masa tu aku rasa keperluan aku untuk banyakkan masa kat kerja hakiki aku..

Tiada keperluan mendesak utk aku maintain bisnes ni sebab gaji kerja hakiki aku pun dah boleh sara Keluarga.

Perniagaan ini tidak mendatangkan effect “antara hidup dengan mati” bagi kami.. kami layan sebagai “bonus perbelanjaan” kami je masa tu.

Walhal masa kami ambil keputusan utk serahkan kedai kembali kepada landlord, masa tu kami sudah ditawarkan geran bantuan sewaan! Kerajaan tawarkan kami 50% bayaran sewaan ditanggung oleh kerajaan selama 1 tahun!

Selamba je kami tolak dan kami tidak pertahankan pun bisnes ni.

Hanya kerana, kami complacent!
Kami sudah selesa dengan status ekonomi kami pada ketika itu.

Ada or takde bisnes ni, kami macam biasa juga. Ada gaji tetap yang besar sudah sedia setiap bulan!

Begitulah.

via GIPHY

Bagaimana kami bangunkan dan cipta trend car wash seperti mana yang kau lihat pada harini…

Sedikit sebanyak, car wash dalam building yg ada sekarang, dicetuskan ilhamnya dari corak operasi oleh ALHAMRA AUTO SPA asal usul sejarahnya, aku pasti!

Aku harap dengan post panjang berjela ni dapatlah kita sedikit manfaatnya.

Bukan aku mendedahkan kelemahan sendiri..
Itu semua kesilapan yang kami lalui suatu ketika dahulu.. dan kami belajar darinya, dan berharap kau dapat belajar sesuatu juga.

Dan aku percaya kalau kau baca and perhalusi setiap points di aras, dari perancangan sehingga kegagalan, ada terlalu banyak pengajaran yang kau boleh relate utk diri kau juga!

Seperti yang aku katakan, kejayaan seseorang pada masa kini hanya sesuai untuk dilihat dan dirai sahaja, tapi kagumilah dan pelajarilah dari sejarah beliau!

Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wassalam.

Nash
Bercerita Pada 3.08am, Untuk Disiarkan Pada Umum Keesokan Harinya.
#BangsaNiaga

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di