Siakap Keli

Impikan Rumah Pertama? Ini Perbandingan Harga Rumah Teres Antara Negeri Di Semenanjung Malaysia

Setelah bekerja sekian lama, ataupun mendirikan rumah tangga dan keluarga makin membesar, semestinya menjadi impian semua orang untuk memiliki sebuah rumah. Malah, kerap juga kita dengar nasihat bahawa target setiap graduan yang baru mendapat kerja adalah memiliki rumah terlebih dahulu kerana boleh dikatakan harga rumah kebanyakkan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Tetapi nak beli rumah bukanlah perkara yang mudah. Banyak perkara perlu diambil kira selain kemampuan kewangan. Antara perkara-perkara sering kita pertimbangkan sebelum membeli rumah adalah faktor lokasi. Tetapi, beza sangat ke harga antara satu lokasi dengan lokasi yang lain ni? Misalnya antara satu negeri dengan negeri yang lain. Seperti yang kita tahu, ada negeri yang sangat pesat membangun dan ada pula negeri yang membangun secara sederhana kan.

Jadi untuk membantu anda membuat keputusan membeli rumah pertama anda, Twitter Hartabumidotcom telah mengeluarkan senarai perbandingan harga rumah teres di Semenanjung Malaysia antara tahun 2014 sehingga 2017 seperti di bawah. Semoga bermanfaat.

Harga Rumah Teres di Semenanjung Malaysia.

Tahun: 2014 – 2017.

Semua data maklumat mengenai harga median, harga per kps dan jumlah transaksi!

RT supaya lebih ramai orang dapat pengetahuan ini sekarang!

Kuala Lumpur.

Anda dapat lihat harga median rumah teres di KL pada tahun 2014 – 2015 bermula RM 700K dan terus meningkat hingga RM 785K.

Untuk harga/kps pula, RM 546/kps dan harganya meningkat!

Tapi, jumlah transaksi menurun. Mungkin orang dah kurang beli rumah di KL?

Seremban.

Harga rumah teres di Seremban cuma RM 180K pada tahun 2017. Wow! Jauh beza dengan KL.

Tapi, harga per kps naik 16.3% dari 2014 – 2017!

Dan jumlah transaksi pula semakin merudum. Teorinya, mungkin orang kurang beli rumah teres di sana.

Melaka.

Harga rumah teres di Melaka boleh dikatakan berpatutan lagi walaupun ada peningkatan harga median dan harga per kps.

Nampaknya, di Melaka pun orang dah mula kurang beli rumah.

Johor Bahru.

Harga rumah teres di JB meningkat banyak dan harga median terkini ialah RM 412K! Wow.

Harga per kps pula mencecah RM 300 bagi satu kps pada 2017.

Semakin mahal rumah di JB ya. Ada orang JB di sini?

Kuantan.

Harga rumah teres di Kuantan tidak naik mendadak seperti di KL dan JB iaitu RM 219K pada 2015 kepada RM 230k sahaja pada 2017.

Dan yang menyedihkan cuma ada 591 transaksi pembelian rumah teres di Kuantan pada 2017.

Aik? Rumah dah murah tapi orang tak membeli?

Kuala Terengganu.

Harga di Ganu lain macam sikit sebab harga ada turun pada 2016 tetapi naik mendadak sehingga 20.5% pada 2017!

Currently, harga rumah teres di Ganu ialah RM 680K.

Tapi, cuma ada kurang 10 transaksi orang beli rumah di Ganu pada 2017

Mungkin harga mahal?

Kota Bahru.

Harga median teres di Kota Bahru ialah RM 280K sahaja. Ada peningkatan harga sejak 2015.

Harga per kps pun ada turun dan naik sejak 2015 hingga 2017.

Ada yang dah mula nak cari rumah di Kelate?

Ipoh.

Rumah di Ipoh memang mur – mur. Paling – paling naik pun 12% sahaja.

Harga median teres di Ipoh ialah RM 190K. Wow!

Dan walaupun ada banyak transaksi pembelian, tetapi dah mula drop sikit sejak tahun lepas.

Alor Setar.

Rumah di Loqstaq lagi mahai dari Ipoh bakhang!

Harga tahun lepas bagi teres ialah RM 220K!

Mungkin kerana harga per kps mereka bagi 2017 pun dah mencecah RM 241 per kps.

Ada nak beli rumah di utaqa?

Kangar.

Harga teres di Kangaq ada peningkatan tapi still mampu milik yaqni RM 145K pada 2017.

Tak banyak transaksi rumah teres di Kangaq mungkin depa suka duduk qumah kampung berbanding perumahan.

Apapun, data dan statistik ini memang bagus untuk anda yang nak beli rumah!

Gunakan data dan statistik ini untuk anda beli rumah dan target rumah pertama anda mahupun rumah untuk pelaburan (sewa beli).

Cukup duit deposit, jangan tunggu lama – lama untuk beli rumah!

Anda sendiri tengok harga rumah tidak pernah menunggu anda. Kan?

Sumber : Twitter Hartabumidotcom

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.