Siakap Keli

Kanser Ragut Momoko Sakura, Pencipta Animasi Chibi Maruko Chan

Momoko Sakura, pencipta siri manga dan anime “Chibi Maruko-chan” yang sangat disayangi meninggal akibat kanser payudara pada minggu lalu di usianya 53 tahun.

Sakura yang memulakan debut sebagai artis manga pada tahun 1984 memulakan siri Chibi Maruko Chan dalam edisi majalah 1986 melalui majalah Ribbon.

Karakter tersebut terbukti sangat popular sehingga pada tahun 1991, ia telah menjadi siri anime yang menjadi kejayaan besar dan masih terus dimainkan sehingga ke hari ini.

Siri anime itu telah disiarkan lebih 60 negara dan wilayah termasuk China, Taiwan, Hong Kong, Korea Selatan, Thailand, Vietnam, Filipina, Singapura, Indonesia, India, Mexico, Venezuela dan Chile.

Lagu tema pertama siri tersebut juga ‘Odoru Ponpokorin’ menjadi hit dan terjual lebih daripada 1.73 salinan pada tahun 1990.

“Saya sangat sedih akan kehilangannya yang terlalu awal.  Tetapi senyuman Maru-chan dan rakan-rakannya akan terus bersinar di dalam fikiran para pembaca daripada kecil hingga dewasa,” tulis Soichi Aida, Editor Majalah Ribbon dalam satu kenyataan yang dimuat naik melalui laman web majalah tersebut.

“Terima kasih banyak untuk Cik Momoko Sakura,” tulisnya.

Sumber: The Japan Times

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di