Siakap Keli

Kena Kecam Hebat Dengan Netizen, Tapi Tiket ‘Jeng Jeng Jeng’ Laris Dijual

Di media sosial baru-baru ini, satu klip video yang menunjukkan seorang gadis menari sambil menyanyi ”Jeng Jeng Jeng” dalam satu rancangan yang disiarkan di salah sebuah stesyen televisyen milik kerajaan menjadi viral dan mendapat perhatian ramai.

Ada yang terhibur dan pada masa yang sama ramai turut memberi kecaman dan sindirin.

Namun, di sebaliknya mungkin ada yang tidak tahu tiket persembahan tiga hari teater itu, iaitu pada 27 hingga 29 Julai lalu di Sanggar Teater Fauziah Nawi (Stefani), Ampang, cukup laris terjual.

Menerusi satu portal berita tempatan, Fauziah Nawi yang yang merupakan Pengarah Artistik teater Kembang Layarku, menyifatkan ramai yang menjadikan persembahan itu sebagai bahan jenaka kerana tidak memahami maksud di sebaliknya.

Jelas beliau, walau dikutuk bagaimana sekalipun, apa yang boleh dikatakan, kesemua tiket pada ketiga-tiga hari persembahan diadakan itu semuanya laris dijual.

Pada masa sama, Fauziah tetap menghargai mereka yang berkongsikan rakaman itu kerana ia secara tidak langsung mempromosikan Kembang Layarku. Tapi menurut beliau, sayangnya kerana ia sudah berakhir.

Mengulas lanjut, Fauziah menjelaskan persembahan di RTM itu hanyalah sebahagian daripada prsembahan sebenar untuk tujuan promosi.

Ujarnya, persembahan yang mengambil masa lima minit di studio tidak perlu membawa semua keperluan pementasan, hanya yang perlu sahaja.

Dia juga menegaskan aksi yang mendapat perhatian ramai itu bukanlah sejenis tarian, seperti yang disangka ramai.

Orang menggelarkannya tarian jeng jeng jeng selepas perkataan itu dibunyikan (pelakon) dengan iringan gendang. (Sebenarnya) Ia tiada nama dan bukan tarian.

Jelas beliau, ia adalah pergerakan jiwa, tetapi apa anggapan orang terserahlah.

Beliau yang tidak marah berkata, beliau tidak boleh memaksa apa jua tanggapan umum mengenainya.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.