Siakap Keli

Syak Pasangan Curang, Suami Tergamak Tetak Isteri Guna Pemotong Daging Sampai Mati

Hanya kerana mengesyaki pasangannya curang, seorang lelaki dipercayai mencekik leher isteri dan menetaknya sehingga mati.

Kejadian berlaku di Taman Merbau Indah, Butterworth, semalam.

Menerusi satu laporan portal berita tempatan, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian berlaku dalam jam 5 pagi itu kerana perselisihan faham antara mangsa dan suaminya.

Kedua-dua mereka berusia 25 tahun.

Menurut sumber, lelaki itu mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan berdasarkan perbualan di aplikasi Whatsapp.

Selepas itu, mangsa terus ditolak sebelum dibunuh suspek dengan cara tragis iaitu kepala mangsa ditetak dengan menggunakan pisau pemotong daging.

Tidak cukup dengan itu, suspek turut mencekiknya sehingga mati.

Setelah itu, suspek terus keluar dari rumah dengan membawa anak perempuannya berusia empat tahun dan pulang semula ke rumah pada jam 10 malam semalam,

Jelas sumber, suspek kemudian mendapati isterinya sudah tidak bernyawa sebelum membuat laporan polis.

Polis yang tiba di lokasi menemui mayat mangsa dalam keadaan terlentang dengan lima kesan luka di badan mangsa termasuk di bahu kanan, bahu kiri, leher dan tangan kanan.

Polis juga menemui tompokan darah pada pisau pemotong daging yang diletakkan di sinki rumah dipercayai digunakan untuk menetak mangsa dan terus memberkas suspek pada jam 2 pagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.