Siakap Keli

Turki Beli Peluru Berpandu Rusia S-400, Amerika Syarikat ‘Panas Punggung’

Niat turki untuk membeli sistem pertahanan udara Rusia S-400 telah dianggap sebagai langkah kurang bijak oleh Washington.

Menurut sumber, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), James Mattis berkata negaranya prihatin mengenai niat Turki tetapi memberi amaran kepada Ankara berhubung pembelian sistem pertahanan peluru berpandu tersebut dan berkata AS  “tidak mengesyorkan” pembelian itu.

“Sebagai negara berdaulat, Turki mempunyai pilihan untuk membuat keputusan.

“Tetapi jelas Turki membawa masuk sistem anti-pesawat dan anti-roket Rusia ke negara Nato, kami tidak boleh membiarkan ia dibawa masuk ke Nato.

“Ya, ia membimbangkan kami dan kami tidak mencadangkannya,” katanya kepada sumber.

Difahamkan, sistem S-400 atau Triumf Mobile Multiple Anti-Aircraft Missile System (AAMS), merupakan sistem peluru berpandu Rusia yang maju.

Ia direka untuk mengesan, menjejak dan menghancurkan pesawat, dron atau peluru berpandu sejauh 402 kilometer dan hanya dijual kepada China dan India sebelum ini.

Pada awal bulan ini, Washington menyekat penjualan jet pejuang Lockheed Martin ke Turki sebagai tindak balas kepada keputusan Ankara untuk membeli sistem pertahanan udara Rusia S-400.

Bagaimanapun Turki telah menunjukkan keazaman mereka untuk meneruskan rancangan pembelian dan telah membuat pembayaran pertama untuk sistem anti-peluru berpandu pada tahun lepas.

Rusia telah mengumumkan bahawa kumpulan pertama sistem S-400 akan dihantar ke Turki tahun depan.

Sumber : Press TV

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.