Siakap Keli

(Video)Tular Pemuda Muslim Sembahyang Dalam Gudwara Di Ipoh? Turut Dilaporkan Media Antarabangsa

Sebuah portal berita berbahasa Inggeris antarabangsa semalam melaporkan kisah penularan sebuah video yang mendakwa seorang pemuda Muslim menunaikan solat dalam Gurdwara Sahib Bercham di Becham, Ipoh. Gudwara merupakan rumah ibadah khas untuk penganut agama Sikh.

Menurut portal tersebut, video pemuda berbaju biru yang mendirikan solat tersebut pada 20 Ogos lalu ketika penganut-penganut agama Sikh sedang menjalankan ibadah mereka.

Portal berita tersebut turut mendakwa bahawa pemuda tersebut meminta kebenaran untuk mendirikan solat di situ kerana gagal untuk mencarikan masjid di kawasan berhampiran.

Klip video tersebut mula menarik perhatian netizen apabila dimuat naik dalam satu kumpulan atas talian di laman Facebook bernama SikhInside. Selain di Facebook, klip video yang sama turut dimuat naik ke laman Twitter.

Beberapa orang netizen turut dilihat meninggalkan komen positif terhadap tindakan pihak pengurusan gudwara tersebut yang membenarkan seorang penganut agama yang berlainan melaksanakan tuntutan agama mereka di situ.

Bagaimanapun, kesahihan video dan dakwaan tersebut tidak dapat dipastikan.

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.