Siakap Keli

Bayangkan Jika Anda Hanya Mampu Mandi Dua Kali Sahaja Setahun? Wanita Ini Alami Penyakit Misteri Tak Boleh Kena Air

Seorang bekas jururawat berusia 52 tahun, menderita satu penyakit mesteri yang menyebabkan hanya boleh mandi sebanyak dua kali sahaja dalam tempoh setahun.

Maxine Jones berkata, penyakit tersebut membuatnya hidup seolah-olah terperangkap di dalam penjara. Maxine ketika ini menderita satu penyakit aneh dikenali sebagai aquagenic urticaria, iaitu hypersensitif terhadap air. Sehingga kini, dunia perubatan hanya merekodkan seramai 50 orang pesakit sahaja menderita penyakit yang sama.

Menurut Maxine, doktor mengambil masa lebih daripada setahun untuk mengenal pasti penyakitnya. Pada awalnya doktor hanya menganggap Maxine menghidapi penyakit alahan air yang biasa. Kesan daripada penyakit tersebut, Maxine kemudian terpaksa menerima hakikat bahawa dia perlu meninggalkan kerjayanya sebagai jururawat.

Ujar Maxine lagi, dia hanya menyedari mengenai keadaan kesihatannya yang aneh kira-kira lapan tahun lalu selepas penyakit tersebut mula menunjukkan simptom-simptom. Malah, dia tidak dapat keluar rumah ketika musim hujan dan terpaksa menggunakan sut khas ketika berada di dalam bilik air untuk menggosok gigi atau berhadas serta ketika membacuh air atau mengupas buah bagi mengelakkan kulitnya terkena air atau sebarang lembapan.

”Rasa seperti seluruh tulang saya dipatah-patah, dan badan saya mula merasa gatal di seluruh anggota badan seolah-olah saya berbaring di atas jelatang.

”Saya tidak boleh keluar daripada rumah sekiranya terdapat ramalan hujan. Ini bermakna, jiran saya tidak akan melihat saya di luar rumah secara kerap, terutamanya ketika musim sejuk.

”Kadang-kadang saya rasa seperti terpenjara. Penyakit ini sesuatu yang menyedihkan, dan saya berharap ia tidak menimpa orang lain. Bagi saya, tiada cara lain selain berusaha untuk mebiasakan diri,” katanya.

Maxine juga terpaksa bergantung kepada steroide untuk menahan kesakitan dan merawat lepuh pada kulit sekiranya terkena air atau lembapan, terutamanya ketika dia perlu mandi dua kali setahun.

Untuk hari-hari biasa, Maxine menyucikan diri menggunakan satu buih khas yang dibeli daripada farmasi yang menelan belanja sehingga RM 320 sebulan.

Mengimbas rawatan yang pernah dibuat, Maxine memberitahu bahawa dia pernah mendapatkan rawatan kemoterapi dan menggunakan beberapa produk pil, namun tidak ada sebarang perubahan yang ditunjukkan.

Tambah Maxine lagi, seluruh tubuh badannya menderita penyakit tersebut kecuali bahagian mata, mulut dan hidungnya.

Namun Maxine bertuha, walaupun kehidupannya sebegitu dan jarang kelihatan di luar rumah, namun jiran-jiranya amat mengambil berat mengenai keadaannya. Ujar Maxine, sekiranya dia sudah lama tidak kelihatan di luar rumah, maka ada jiran-jirannya datang melawat untuk memeriksa keadaannya.

Walaupun aquagenic urticaria dikatakan sangat-sangat jarang berlaku dan hanya menyerang 1 daripada 250 juta orang, namun Maxine memberitahu melalui Facebook, dia berjaya berhubung dengan beberapa orang yang menghidap penyakit sama sepertinya. Maxine turut memberitahu bahawa dia merupakan salah seorang ahli dalam grup khas, Aquagenic Urticaria – Water Allergy di Facebook yang setakat ini berjaya mengumpul sebanyak 885 orang daripada seluruh dunia.

Apakah aquagenic urticaria?

Aquagenic urticaria menyebabkan penghidapnya menderita kelepuhan kulit sebaik sahaja kawasan badan yang terdedah bersentuhan dengan cecair.

Sehingga kini, hanya 50 orang penghidap berjaya dikenal pasti oleh ahli perubatan dengan wanita lebih berisiko untuk diserang bermula daripada usia akil baligh.

Kelepuhan ataupun ruam yang timbul berwarna merah dengan saiz diantara 1 hingga 3 milimeter. Kawasan yang biasa menunjukkan tanda-tanda ruam ataupun kelepuhan adalah pada bahagian leher, dada dan lengan.

Apabila air yang terkena pada kulit dikeringkan, ruam atau lepuhan yang timbul akan hilang biasanya dalam tempoh 30 minit dan keatas. Dalam kes Maxine, dia mendakwa kesan ruam dan lepuh tersebut boleh bertahan sehingga beberapa hari walaupun air sudah dikeringkan.

Punca kepada penyakit ini masih tidak diketahui, namun saintis percaya kandungan kimia dalam air mungkin menjadi punca sehingga menyebabkan sistem imun badan bertindak balas.

Kebanyakkan kes yang berlaku tidak mempunyai kaitan dengan sejarah keturunan keluarga. Disebabkan ia jarang berlaku, sainstis tidak mempunyai kesempatan untuk membuat kajian lebih lanjut dan mencari penawar.

Ketika ini, pesakit-pesakit hanyan menjalai rawatan seperti antihistamines, rawatan sinaran UV, steroid dan krim yang bertindak seperti pelindung dan membersihkan diri menggunakan sodium bikarbonat.

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di