Siakap Keli

Dia Boleh Jerit Bini Dia Depan Orang Ramai Macam Tu – Terkilan Dengan Kejadian Depan Mata, Lelaki Ini Beri Teguran Pada Suami Untuk Hargai Isteri

Masa bercinta semuanya indah-indah sahaja. Tapi setelah berkahwin, rata-rata pasangan mula berubah sikap. Maka banyak lah terjadi adegan kisah suami sudah tidak cintakan isteri lagi, isteri makan hati dengan perangai buruk suami serta pelbagai kisah rumahtangga lain.

Pengalaman yang berlaku di depan mata seperti yang dikongsikan oleh Tuan Andy Sulaiman ini wajar dijadikan renungan oleh semua pasangan. Si suami menengking isterinya di hadapan orang ramai tanpa memikirkan perasaan isteri yang malu dan terguris. Wajarkah begitu?

Bukankah setelah berkahwin suami sepatutnya melindungi dan menyayangi isteri tetapi apa yang berlaku pula sebaliknya. Baca teguran ikhlas lelaki ini untuk semua suami, mungkin ada terjentik rasa kesal tentang pengorbanan seorang wanita. Hargailah mereka !

Petang tadi pergi kedai Acheh, beli gula sekilo. Nescafe pun dah habis.

Dah bayar semua, aku keluar lah. Duk tercongok dalam kedai tu lama-lama buat apa. Dah nak sampai kat kereta, aku terdengar,

“Hoi cepat lah! Panas ni! Hallllaaahhh!”

Kuat bunyi jeritan itu. Aku yang banyak dosa ni sampai terperanjat, kau. Kira kuat lah tu. Aku cari dari mana suara tu. Kepoh juga lah aku. Mana tahu jerit kat aku ke apa. Kiri kanan depan belakang aku cari. Jumpa.

Ada seorang brader jerit dari dalam kereta dia. Muka dia tengok ke aku. Panik aku. Kenapa jerit aku? Aku pusing kepala ke pintu kedai Acheh tadi. Ada seorang akak, tangan kanan dukung anak sambil bawa 3 plastik merah berisi barang.

Tangan kiri pimpin anak yang lebih kurang 3-4 tahun umur dia. 3 beranak tu macam kelam kabut keluar. Masuk ke kereta brader tadi. Aku macam, “Ish defak men, kau jerit bini kau macam tu je?”

Turun tolong bawak barang, tak. Turun tolong dukung anak, tak. Pimpin anak pun, tak. Sebelum kau tanya “Dah tu kenapa kau tak sound Brader tu tegak je depan dia?”

Anak bini dia masuk je dalam kereta, dia terus memecut. Berasap hitam ekzos kereta dia. Kemain laju.

Itu satu. Kedua, brader tu pakai singlet. Lengan dia besar. Kang aku sound, tak terlentang aku depan kedai tu kena tumbuk? Sakit dapat, malu dapat.

Cuma, terfikir-fikir aku,

1) Pergi jerit ke bini kat tempat awam gitu, tak malu ke orang tengok kiri kanan? Jerit sebab bini slow. Itu je.

2) Dah tahu nak cepat, kenapa tak turun sekali bantu apa yang patut?

3) Nak cepat kan? Kenapa anak-anak tak biar je dalam kereta, ayah jaga. Biar mak je turun ambik-ambik barang, bayar lepas tu keluar? Kan senang.

4) Sejak bila main jerit-jerit bini kat tempat awam ni? Dari awal kahwin? Selepas dapat anak? Atau sejak dah boring tengok muka bini?

5) Wife tu rasa apa? Malu tak dia? Balik rumah nak mengadu kat siapa? Menangis tak dia sorang-sorang?

6) Anak tu duk dengar mak kena jerit dengan ayah, esok dah besar dia jerit kat mak dia pulak kat tempat awam. Salah ke siapa? Sebab tengok tv?

7) Tak boleh tunggu sampai kat rumah dulu ke nak marah, nak amuk ke bini? Atau dalam kereta ke kalau tak tahan sangat. Kenapa depan orang.

8 ) Kat rumah, nak makan, bini hidang. Nak pakai baju, bini siapkan. Tak pernah pakai boxer sama sampai 2 hari. Itu ke cara nak balas pengorbanan?

9) Bini tu mesti hari-hari dah kena jerit. Dah kena pukul, mungkin. Tapi masih setia di sisi. Sanggup tahan rasa, tahan sakit. Demi anak. Tak terlintas apa-apa ke kat hati dia.

Aku ni pun bukan baik mana. Pernah je gaduh laki bini. Pernah je buat wife sedih. Wife marah.

Tapi setakat ni, nak marah ke bini depan orang ramai, rasa macam marah ke diri sendiri pulak.

Tak ada manusia sempurna. Tak kira siapa. Dah kata kahwin ni nak saling melengkapi hidup kan. Bertimbang rasalah.

Dia salah, kita tegur. Kita salah, kena dengar teguran dia. Tak kira siapa. Kau laki ke, kau bini ke, selagi boleh elak gaduh, elak.

Ntah lah. Rumahtangga orang, kan? Nak fikir lebih-lebih pun tak elok juga. Apa berlaku depan mata, baik kita ambil. Agak tak baik, tinggal.

Aku pun bukan baik mana. Eh tadi dah tulis, kan? Ntah lah. Mungkin sebab dah nak masuk 40 ni kot, dengar benda bunyi kuat, jadi mudah rasa terkejut.

Tengok benda sedih, kadang tak sedar tap tap air mata menitik sendiri. Tak percaya, tak apa lah.

Sumber : Andy Sulaiman

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di