Siakap Keli

Empangan Di Myanmar Pecah, Banjir Besar Melanda Dan Tenggelamkan Perkampungan

YANGON-MYANMAR: Lebih 50,000 penduduk hilang tempat tinggal dan berlindung di kem sementara berikutan kejadian empangan di tengah Myanmar yang pecah semalam akibat dari hujan monsun.

Menurut kenyataan jabatan bomba, insiden itu turut menyebabkan  bandar berhampiran, dua perkampungan serta sebatang lebuh raya menghubungkan tiga bandar terpenting negara itu, ditenggelami air.

Lebuh raya yang terjejas menghubungkan ibu kota Naypitaw dengan bandar Yangon dan Mandalay.

Sehubungan dengan itu, operasi mencari dan menyelamat kini giat dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Bomba Myanmar yang turut menghantar jentera ke kawasan sekitar empangan Swar.

Sumber- Reuters

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar