Siakap Keli

Yang Lahir Era 80an Kalau Tak Ingat Lagu Ni Memang Malu La

Sudah pasti ramai antara kita tahu akan lagu-lagu kenegaraan dahulu yang selalu kita dengar bermain di kaca televisyen dan corong radio seperti lagu Barisan kita, Warisan, Tanggal 31, Saya Anak Malaysia, Bahtera Merdeka, Sejahtera Malaysia dan pelbagai lagi.

Sudah pasti dalam salah satu senarai lagu patriotik ini, lagu “Sejahtera Malaysia” memang masih tersemat lagi di dalam hati sanubari mereka yang lahir pada tahun 1960-1990 di mana lagu ini cukup sinonim dan dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi wanita terhebat ketika itu.

Ramai mengakui lagu nanyian Fauziah Ahmad Daud, Azlina Aziz, Rohana Jalil dan Elaine kang ini berjaya menyemarakkan semangat patriotik rakyat Malaysia ketika itu, sekaligus setiap kali 31 Ogos sambutan dari rakyat Malaysia cukup meriah di mana rata-rata kenderaan dan premis menggantung bendera Jalur Gemilang.

Terpanggil untuk menyemarakkan semangat patriotik sempena sambutan hari kebangsaan Malaysia tahun ni, pihak Telekom Malaysia(TM) telah mengambil inisiatif memeriahkan lagi sambutan hari kebangsaan dengan mempopularkan kembali lagu “Sejahtera Malaysia” berkenaan.

Apa yang menarik, lagu “Sejahtera Malaysia” ini dinyanyikan dalam 6 bahasa utama yang selalu dipertuturkan di negara kita yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum; iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Jaku Iban dan Kadazan Dusun.

Yang menariknya mengenai TM Sejahtera Malaysia ini, terdapat 2 jalan cerita yang berasingan yang direkodkan dalam format menegak, di mana jalan cerita pertama adalah mengenai bapa dan anak lelakinya dalam perjalanan ke dataran untuk menyambut hari kebangsaan; manakala jalan cerita kedua pula adalah mengenai pemuzik yang dalam perjalanan ke dataran untuk membuat persembahan sempena sambutan hari kebangsaan.

Apa yang menarik sekali mengenai video ini adalah anda perlu tonton video ini dengan menggabungkan dua skrin telefon bimbit bersama untuk penghayatan yang menakjubkan. Ianya sangat kena dengan tema kempen hari kebangsaan TM pada tahun ini, iaitu setiap detik yang menyatukan kita, menjadikan hidup lebih bermakna. Walaupun perjalanan kita berlainan, namun destinasi kita semua adalah sama – Malaysia yang aman, sejahtera dan bersatu.

Jadi, wahai rakyat Malaysia, ayuh kibarkanlah jalur gemilang, semarakkan sambutan hari kebangsaan kita ini.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)