Siakap Keli

PETRONAS Lancarkan Kempen #CeritaKita, Pamerkan Kemegahan Dan Kebanggaan Rakyat Malaysia

Seni Mural adalah salah satu daripada cabang seni lukisan yang tidak asing lagi di negara ini. Banyak tempat-tempat tumpuan pelancong telah dihiasi lukisan mural di dinding dan tembok bagi memberi kelainan dan menjadi tempat para pelancong mengambil gambar sebagai tanda kenangan. Seni mural ini juga adalah salah satu cara pelukis meluahkan karya mereka ke satu hamparan yang lebih luas. Kebanyakkan seni mural yang terdapat di negara ini bertemakan kenangan dan budaya masyarakat setempat yang dekat dengan jiwa rakyat Malaysia.

Sehubungan dengan itu, sempena menjelang Hari Kebangsaan yang ke 61 tahun ini, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) dengan kerjasama Fakulti Seni dan Rekaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah melancarkan siri seni mural di beberapa stesyen minyak yang terpilih. Seni mural yang ditampilkan PDB dan UiTM berunsurkan kebanggaan dan kegembiraan rakyat Malaysia dari segi tempat-tempat tarikan pelancong sehingga tradisi masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum.

 

Kempen yang diberi nama Cerita Kita ini adalah salah satu inisiatif PETRONAS yang mahu memberi penekanan terhadap kemegahan dan keindahan tempat-tempat menarik di Malaysia. Kempen Cerita Kita ini juga akan dijalankan ke seluruh negara dan PETRONAS juga akan menyiarkan kempen ini ke kaca tv yang akan mula disiarkan dari 23 sehingga 31 Ogos. Turut diadakan pameran seni di Galeri Petronas yang berlangsung dari 16 Ogos sehingga 30 September ini dalam usaha mereka mempromosikan perpaduan sosial dalam masyarakat di negara ini. Masuk adalah percuma.

PETRONAS telah mengumumkan juga terdapat tujuh stesyen minyak di seluruh negara yang bakal menjadi tempat pelajar-pelajar UiTM mengeksperikan seni mural mereka. Antara tujuh stesyen minyak PETRONAS yang terlibat ialah stesyen minyak PETRONAS Solaris, Selangor yang bakal membawa tema pasar malam yang sangat terkenal di negara ini. Stesyen kedua ialah di Tapah, Perak yang bakal mempamerkan seni keindahan Lata Kinjang. Seterusnya di The Place di Ampang, MITC Melaka, Peramu 2 Pahang dan yang terakhir stesyen minyak Luyang Kota Kinabalu. Setiap steseyn bakal membawa tema masing-masing yang berlatar belakangkan kehidupan sosial serta keindahan flora dan fauna yang terdapat di negara ini.

Selain itu juga, PDB turut menengahkan siri kisah hero-hero yang tak didendang dalam pembangunan serta kejayaan PETRONAS selama ini seperti kakitangan, pengedar serta rakan niaga yang bersama-sama memacu sasaran menjadikan PETRONAS syarikat petroleum nasional terkemuka di dunia sehingga kini.

Jika anda juga ada kisah menarik yang ingin disampaikan tentang cinta dan sayangnya anda terhadap negara ini, anda digalakkan berbuat demikian tapi jangan lupa untuk letakkan hashtag #CeritaKita.Untuk maklumat lanjut, klik PETRONAS.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)