Siakap Keli

Sesal Perbuatannya Jadi Punca Suami Tidak Dapat Temani Isteri Bersalin, Lelaki Mengamuk Di Hospital Tampil Mohon Maaf

Sebelum ini kami pernah membawakan kepada anda kisah mengenai seorang lelaki yang tidak dapat mengawal perasaan ketika menemani isterinya bersalin sehingga menumbuk dan merosakkan tombol pintu dewan bersalin di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Akibat tindakan lelaki tersebut, HSB kemudian kemudian mengeluarkan perintah larangan serta-merta perkhidmatan peneman ibu bersalin bagi mengelakkan sebaran perkara tidak diingini daripada berulang. Pengumuman larangan terbaru tersebut nyata mengundang reaksi negatif daripada netizen yang rata-rata menyalahkan lelaki tersebut sebagai puncanya.

Barangkali, menyesal atau rasa bersalah, lelaki tersebut kemudian tampil dalam satu sidang media di HSB bagi membuat permohanan maaf secara terbuka kepada orang ramai dan staf-staf perubatan HSB. Sebuah portal berita tempatan berbahasa Melayu turut melaporkan mengenai sidang media tersebut.

Lapor portal berita tersebut, lelaki itu mengakui bertindak demikian kerana tidak tahan melihat isterinya menahan kesakitan untuk bersalin anak pertama mereka, namun yang kedua bagi isterinya.

Atas rasa bersalah dengan apa yang berlaku serta pengumuman larangan serta mereta perkhidmatan peneman bersalin, lelaki berkenaan kemudian memohon maaf kepada semua pihak terutamanya kepada pihak HSB.

Pihak HSB melalui Pengarahnya, Dr. Zaiton dilaporkan merasa lega dengan kehadiran lelaki tersebut kerana dapat membuktikan bahawa insiden berkenaan berlaku bukan berpunca daripada pihak HSB.

Portal berita tersebut turut memberitahu bahawa Dr. Zaiton telah memaklumkan yang keluarga kepada lelaki tersebut bersedia untuk menanggung kos membaiki pintu yang rosak itu.

Portal berita berkenaan juga memberitahu bahawa larangan yang dikuatkuasakan bermula Ahad itu hanyalah bersifat sementara kerana menurut Dr. Zaiton, pihaknya ketika kini sedang memperkemas peraturan sedia ada bagi mengelak kejadian yang sama berulang. Malah, ujar Dr. Zaiton seperti yang dipetik daripada portal berita tersebut, larangan berkenaan akan ditarik semula dalam masa terdekat.

BACA : Ada Suami Mengamuk Di Wad Bersalin, HSB Hentikan Perkhidmatan Peneman Ibu Bersalin

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.