Siakap Keli

Tommy Thomas Tidak Lagi Ketuai Pendakwaan Ke Atas Bekas PM, Najib Razak

Umum mengetahui, sebaik sahaja tamat Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu, pendedahan demi pendedahan dibuat terhadap skandal melibatkan pemimpin kerajaan terdahulu, antaranya kes melibatkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak.

Namun hari ini, melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara, Tommy Thomas selaku Peguam Negara yang mengetuai kes pendakwaan ke atas Najib dan 1MDB dilaporkan melepaskan tanggungjawab tersebut dan melantik dua peguam negara lain bagi meneruskan kes berkenaan.

Melalu kenyataan media tersebut, beliau mengesahkan telah melantik Datuk Sulaiman Abdullah untuk mengetuai pembicaraan pendakwaan terhadap mantan Perdana Menteri.

”Beliau merupakan salah seorang peguam terkemuka negara, yang berpengalaman luas dalam undang-undang jenayah, termasuklah jenayah kolar putih.

”Kemahirannya tiada tolok bandingnya, dan kebijaksanaannya tiada saingannya. Datuk Sulaiman berintegriti tinggi dan sesungguhnya merupakan seorang peguam yang berprinsip,” kata Tommy lagi.

Manakala melalui kenyataan media yang sama, beliau turut melantik Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwaraya Kanan yang dijangka akan bertanggungjawab membantu Datuk Sulaiman dalam kes berkenaan.

”Beliau berpengalaman luas dalam hal-hal perundangan jenayah. Tidak diragu bahawa personaliti dan azam beliau yang kuat akan mempertingkatkan lagi siasatan dan pendakwaan dalam kesemua hal berhubung skandal 1MDB” katanya.

Datuk Seri Gopal Sri Ram merupakan Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, telah kembali dalam mengamalkan profesyen kepeguaman secara aktif.

Kedua-duanya akan berkhidmat secara ”pro-bono” atau sukarela dan melepaskan kesemua kos guaman atas dasar berkhidmat untuk negara.

Kredit : Jabatan Peguam Negara

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.