Siakap Keli

(Video)Budak Sekolah Lucu Tertidur Dalam Kelas, Mamai Sampai ‘Tergalas’ Kerusi Ketika Mahu Pulang Dari Sekolah

Sebuah video biasa namun kelakar tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu yang memaparkan gelagat lucu seorang budak sekolah yang melakukan satu aksi luar jangkaan.

Sehingga ke saat ini, video tersebut sudahpun berjaya mendapat tontonan sebanyak 5.9 juta dan mendapat like sebanyak 85 ribu dan dikongsi lebih 165 ribu kali.

Tidak dapat dipastikan dengan tepat, namun insiden tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah sekolah rendah di Filipina.

Dalam rakaman tersebut dipercayai ketika mahu pulang daripada sekolah, kanak-kanak tersebut dilihat secara bersendirian masih berada di mejanya akibat terlelap, sedangkan rakan-rakannya yang lain beratur di tepi kelas sebelum dilepaskan pulang.

Seorang wanita, mungkin salah seorang ibu yang datang mahu mengambil anak kemudian dilihat menghampiri kanak-kanak tersebut. Wanita itu kelihatan mengemas meja kanak-kanak tersebut dan memasukkan kesemua peralatan menulis ke dalam beg kanak-kanak itu.

Tiba-tiba, kanak-kanak tersebut bangkit daripada tidurnya dan mencapai kerusi yang mungkin dianggap sebagai beg sekolahnya dan bergerak mahu pulang. Tindakan tersebut nyata mengundang tawa daripada wanita tersebut yang dilihat mengeluarkan telefon bimbit dan merakam gelagat yang menggelikan hati itu.

Lihat video dibawah, anda pasti turut ketawa, hahaha.

Kredit : World Of Buzz

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.