Siakap Keli

(Video)Nelayan Tak berhati Perut, Tergamak ‘Tunggang’ Penyu Seperti Kuda

Perbuatan seorang nelayan tidak berhati perut dipercayai berlaku di China yang bertindak ‘menunggang’ seekor penyu di dalam sebuah bot nelayan mencetuskan kemarahan orang ramai, terutamanya aktivis hidupan liar.

Kejadian tersebut mendapat liputan orang ramai apabila satu klip rakaman perbuatan tersebut tersebar di atas talian. Melalui klip video tersebut, nelayan itu dilihat duduk di atas cekerang penyu yang tidak berdaya dan kemudian memperagakan aksi seperti sedang menunggang seekor kuda.

Tidak cukup dengan itu, lelaki tersebut turut dirakam menarik penyu tersebut ke belakang sebelum mengangkat haiwan tersebut seolah-seolah inging menghempas penyu malang itu ke lantai.

Perbuatan tersebut hanya diperhatikan oleh rakan-rakan nelayannya yang lain. Namun berdasarkan bunyi suara latar video tersebut, mereka semua seoalah-olah bergembira dengan tindakan lelaki berkenaan. Tidak dapat dipastikan dengan nasib penyu tersebut kerana klip video pendek itu hanya terhenti ketika lelaki tersebut dilihat sukar untuk mengangkat penyu itu.

Video perbuatan tidak bertanggunjawab lelaki tersebut pertama kali tersebar melalui platform Instagram yang dimuat naik oleh pemilik akaun nakaweproject.

Perkongsian tersebut lantas membangkitkan kemarahan orang ramai yang meninggalkan komen-komen yang mengecam tindakan kumpulan nelayan tersebut.

”Ia sangat menyedihkan. Kenapa manusia terlalu kejam?” kata salah seorang netizen dengan nama followmetobradentonbeach.

”Haiwan itu langsung tidak membahayakan kamu, kenapa seksanya sebegitu?” kata netizen yang lain.

”Saya merasa sangat malu sebagai manusia selepas menonton video ini. Sesetengah orang langsung tidak layak untuk dilahirkan ke atas muka bumi ini,” kata pacnwwildlife.

”Ini sangat tidak berperikemanusian. Tindakan sebegini perlu dihentikan. Nelayan dan kapal tersebut perlu ditahan dan pihak berkuasa perlu dimaklumkan dengan kejadian ini,” kata netizen dengan nama calling_wild.

Walaupun media antarabangsa melaporkan kejadian tersebut dipercayai berlaku di China, namun berdasarkan bunyi suara percakapan nelayan-nelayan tersebut, rakaman tersebut mungkin diambil di atas sebuah bot milik nelayan negara jiran.

Sumber : Dailymaill

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di