Siakap Keli

Gadis Jadi Mangsa Rogol Bergilir-Gilir Sebelum Ditattoo Seluruh Badan, 12 Suspek Berjaya Ditahan

12 orang suspek yang bertanggungjawab merogol dan mentattoo seorang gadis berusia 17 tahun di Maghribi, akhirnya berjaya ditahan pihak berkuasa. Media antarabangsa sebelum ini melaporkan mangsa, Khadija diculik sebelum dikurung selama 2 bulan oleh suspek-suspek tersebut. Selain menjadi mangsa rogol bergilir-gilir dalam tempoh tahanan, Khadija turut mendedahkan bahawa seluruh tubuhnya telah ditatookan secara paksa oleh suspek-suspek, termasuk tattoo swastika (Nazi).

Pendedahan yang dibuat oleh Khadija melalui stesen televisyen tempatan yang merayu campur tangan Raja Maghribi, Raja Mohamed IV, mencentuskan kemaharan orang ramai dan perbincangan hangat mengenai layanan dan keselematan wanita di negara tersebut.

Melalui pendedahan tersebut, Khadija memberitahu media bahawa dia dilarikan daripada rumah ibu saudaranya di tengah Maghribi ketika bercuti sempena bulan Ramadhan. Ujar Khadija lagi, selain dirogol dan dittattoo, dia juga tidak diberikan makanan dan kemudahan membersihkan diri dengan sewajarnya selain diseksa dengan api puntung rokok.

Menurut Khadija, dia mengingati bahawa terdapat seramai 15 orang suspek, menjadikan 3 daripadanya masih bebas.

”Ia sangat menakutkan. Mereka menahan saya hampir dua bulan, merogol dan menyeksa. Saya tidak akan memaafkan mereka semua. Mereka telah memusnahkan hidup saya,” kata Khadija ketika ditemu bual oleh stesyen televisyen tersebut.

Menurut Khadija lagi, pada awalnya dia diugut dengan pisau dan dirogol oleh dua orang lelaki. Kemudian dia dibawa dan dikurung dalam satu tempat. Di situlah nasibnya bertambah malang apabila terpaksa melayan nafsu satu persatu lelaki yang hadir untuk menjamah tubuhnya. Kata Khadija, suspek-suspek tersebut datang merogolnya atas pertukaran wang dan dadah.

”Saya menangis dan merayu, tetapi mereka langsung tidak peduli. Saya mahukan keadilan dan mereka semua diberi hukuman yang setimpal. Berapa ramai wanita diluar sana yang mengalami nasib sama seperti saya, tetapi mendiamkan diri kerana maruah dan malu,” kata Khadija lagi.

Hak asasi wanita merupakan satu isu yang sangat kontroversi di Magribi, sebuah negara yang masih teguh mengamalkan konsep masyarakat patriarchal. Menurut tinjaun yang dibuat oleh Peretubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Wanita (UN Women) mendapati 62 peratus golongan lelaki di negara benua Afrika itu masih percaya bahawa wanita perlu bertolak-ansur dengan kejadian keganasan ke atas mereka bagi memastikan maruah keluarga terpelihara.

Kejadian yang menimpa Khadija turut mendapat perhatian netizen yang menjalankan kempen melalui atas talian dengan tanda pagar #JusticeforKhadija dan #WeareallKhadija yang menjadi trending. Selain itu terdapat juga pihak yang memuat naik satu petisyen untuk menyatakan sokongan kepada Khadija yang sehingga kini sudahpun mendapat lebih 80 ribu tandatangan.

Pembicaraan ke atas semua suspek yang berjaya di tahan dijangkan akan bermula minggu depan di Mahkamah Beni Mellal. 12 lelaki berusia diantara 18 sehingga 27 tahun sudahpun berjaya ditahan dengan dua suspek utama berhadapan dengan pertuduhan menculik, merogol, penderaan, ugutan bunuh dan menjalankan aktiviti perkumpulanan.

Baca : (Video)Apa Salah Gadis Ini? Malang Berganda, Selepas Dirogol Bergilir-Gilir Badannya Pula Di Tattoo Oleh Perogolnya

Sumber : The Guardian

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.