Siakap Keli

“Kita Alihkan Lutut Tapi Anu Dia Pula Yang Macam Kejar Nak Bergesel,” Gadis Berang Kena Gangguan Seksual Dalam Bas

Kejadian berlaku di dalam sebuah bas awam ketika gadis ini sedang duduk menunggu untuk berhenti ke destinasi yang ingin dituju.  Semasa di dalam bas, gadis ini berasa tidak selesa apabila ‘digesel’ lututnya dengan kemaluan seorang lelaki berbangsa cina yang kelihatan sangat mencurigakan.

Perkara itu berlaku hampir 1 minit.  Walaupun dia cuba mengelak daripada bersentuhan, lelaki terbabit tetap terus mencari jalan ‘menggesel’ anunya pada lutut gadis berkenaan.

Pengalaman ini dikongsi melalui laman Twitter milik gadis tersebut dengan mesej untuk para wanita khususnya agar lebih berhati-hati dan berani menyuarakan pendirian ketika diganggu.  Dalam perkongsiannya, gadis ini turut menyatakan rasa kesal apabila orang awam yang berada berdekatan dengannya seperti tidak nampak dan memarahi lelaki tersebut. Haih, kesiannya.

Sumber: Twitter Manjaetteok

Nur Farra