Siakap Keli

(Video) Jozan Dikecam Buat Lawak Sindir PU Azman, Da’i Dazrin Sampaikan Teguran Terbuka

Sebuah rancangan secara langsung di salah sebuah rangkaian televisyen swasta menampilkan pelawak terkenal Malaysia Johan dan Zizan baru-baru ini telah mencetus kontroversi.

Siapa yang tak kenal kedua-dua pelawak ini? Masing-masing mempunyai peminat tersendiri selain sentiasa menghiburkan para penonton di setiap penampilan mereka di kaca televisyen.

Pun begitu, kadang-kadang lawak yang dipersembahkan mencuit sensitiviti rakyat apabila mereka berdua dikecam teruk kerana mempersendakan dan dilihat tidak sopan dengan nasihat yang disampaikan penceramah bebas, PU Azman.

Secara jelas, mimik muka PU Azman sama sekali berubah selepas nasihatnya disindir dengan ‘lawak tak berapa sedap’ daripada pelawak terbabit.  Susulan daripada viralnya rakaman rancangan ini, Daie Wan antara yang memberi respon balas terhadap kejadian tersebut.

Beliau dalam kenyataan yang dimuat naik dalam Instagram miliknya menulis,

Ketahuilah kedudukan ilmu itu lebih mulia dari hiburan suka hati kita. Lebih-lebih lagi ia berkenaan apa yang diajarkan oleh Rasulullah saw. Ulama kalau sampaikan hadith Nabi, pastikan diri suci, berwuduk, duduk dalam keadaan tertib, ada yang menghadap kiblat, dan penuh tawadhuq. Kehadiran @pu_azman dalam rancangan hiburan Jozan pasti ada makna tersendiri dalam hendak pastikan program itu mempunyai “Isi” yang tidak hanya untuk hiburan suka-suka.

Oleh kerana dunia hari ini sudah luas medium dia, dakwah pun disertai dengan pelbagai cara. Tidak apa-apa. Keterbukaan selalu ada dalam cara menyampaikan dakwah. Namun, saya berharap @zizanrazak869 @jozlynnhanania bila ada tazkirah yang disampaikan, khususnya ayat Quran dan hadith baginda Nabi, kalian diam sejenak, bagi penghormatan. Kalau kalian tunjukkan akhlak yang baik. Kalian akan dihormati lagi adalah. Tiada masalah untuk bercanda. Tetapi perlu kena pada waktunya. Kalian, orang kita tak lagi suka dengan hiburan semata-mata. Yang hanya ada isi ketawa. Tetapi ketawa dari lawak jenaka yang berisi, berpengajaran, dan lagi2 ada ilmu pengetahuan agama.

Saya sokong usaha yang dilakukan @astrogempak . Rancangan bual bicara yang ada selingan isi agama, dapat mengawal daripada kelalaian yang sia-sia. Saya kira stesen Tv yang lain juga sebolehnya cuba contohi kalian. Namun, untuk kesekian kali ini, bantu untuk sampaikan teguran untuk ubah sedikit cara pengelolaan Jozan untuk well behave bila mendengar ilmu yang disampaikan, dan lawak jenaka yang tidak beradab atau menunjukkan rasa tidak hormat tanpa disedari.

Saya tahu kemampuan kalian Jozan, kalian banyak pengalaman, kalian boleh hasilkan lawak yang baik. Tunjukkan lawak yang mengajar manusia menjadi lebih bernilai tinggi pada adab dan berilmu. Percayalah, orang kita hari ini sudah berubah. Kita suka pada lawak jenaka, tapi penuh kesopanan, dan kalaupun ada jenaka, tetapi masih tahu menghormati. Ibu ayah pun tak rasa bersalah untuk biarkan anak-anak mereka menonton Tv mengikuti kalian. Renungkan teguran penuh lembut tapi tegas dari saya ini. Saya cuba tegur dgn seikhlas hati. Moga ia sampai pada kalian.

Yang benar, Al Faqir Ilallah.

Ketahuilah kedudukan ilmu itu lebih mulia dari hiburan suka hati kita. Lebih-lebih lagi ia berkenaan apa yang diajarkan oleh Rasulullah saw. Ulama kalau sampaikan hadith Nabi, pastikan diri suci, berwuduk, duduk dalam keadaan tertib, ada yang menghadap kiblat, dan penuh tawadhuq. Kehadiran @pu_azman dalam rancangan hiburan Jozan pasti ada makna tersendiri dalam hendak pastikan program itu mempunyai “Isi” yang tidak hanya untuk hiburan suka-suka. . . Oleh kerana dunia hari ini sudah luas medium dia, dakwah pun disertai dengan pelbagai cara. Tidak apa-apa. Keterbukaan selalu ada dalam cara menyampaikan dakwah. Namun, saya berharap @zizanrazak869 @jozlynnhanania bila ada tazkirah yang disampaikan, khususnya ayat Quran dan hadith baginda Nabi, kalian diam sejenak, bagi penghormatan. Kalau kalian tunjukkan akhlak yang baik. Kalian akan dihormati lagi adalah. Tiada masalah untuk bercanda. Tetapi perlu kena pada waktunya. Kalian, orang kita tak lagi suka dengan hiburan semata-mata. Yang hanya ada isi ketawa. Tetapi ketawa dari lawak jenaka yang berisi, berpengajaran, dan lagi2 ada ilmu pengetahuan agama. . . Saya sokong usaha yang dilakukan @astrogempak . Rancangan bual bicara yang ada selingan isi agama, dapat mengawal daripada kelalaian yang sia-sia. Saya kira stesen Tv yang lain juga sebolehnya cuba contohi kalian. Namun, untuk kesekian kali ini, bantu untuk sampaikan teguran untuk ubah sedikit cara pengelolaan Jozan untuk well behave bila mendengar ilmu yang disampaikan, dan lawak jenaka yang tidak beradab atau menunjukkan rasa tidak hormat tanpa disedari. . . Saya tahu kemampuan kalian Jozan, kalian banyak pengalaman, kalian boleh hasilkan lawak yang baik. Tunjukkan lawak yang mengajar manusia menjadi lebih bernilai tinggi pada adab dan berilmu. Percayalah, orang kita hari ini sudah berubah. Kita suka pada lawak jenaka, tapi penuh kesopanan, dan kalaupun ada jenaka, tetapi masih tahu menghormati. Ibu ayah pun tak rasa bersalah untuk biarkan anak-anak mereka menonton Tv mengikuti kalian. Renungkan teguran penuh lembut tapi tegas dari saya ini. Saya cuba tegur dgn seikhlas hati. Moga ia sampai pada kalian. . . Yang benar, Al Faqir Ilallah.

A post shared by Da’i Wan (Official) (@wandazrin) on

Antara komen netizen:

qistinahusseinUstaz tu tengah terangkan tentang agama kan..Yang kau buat main mcm tu dah knp @zizanrazak869 Adab mana adab? Klu kita tak hormat para da’i kita ustaz kita ulama kita agama kita kaum muslimin kita,tak kan expect orang kafir hormat kot…

buttercupinsummerSaya yang nak dengar apa PU cakap jadi x fokus pula sebab zizan . Haihhhh . Kalau lecturer mengajar dekat depan, nak main phone pun tak berani apatah lagi bercakap ketika guru sedang mengajar. Biadap namanya . Cuba serius , nak berlawak ada tempatnya.

official_winkwhite_sabahSy sbgai kristian tgk short video ne pun mcm x suka .. mcm biadap pula ya buat begitu semasa ustaz tu mau explain bab2 agama 

heyyodedekkkSebelum sebelum ni pun ada jugak dorang buat hal. Bila pu man bersuara je dorang mcm masuk line cakap sekali. Seolah olah tak bg ruang pd pu man utk menyampaikan ucapannya. Then bila pu man dah habis sampaikan ucapan ada je si jozan ni nak menyindir pu man. Hmm tataw la apa masalah si jozan ni. Tak reti nak respect org. Kalau kat meletop kat nabil dgn lofa dorang bolela buat melawak mcm tu sbb tade penyampaian ilmu pun kan. Tapi ni kat pu man yang tgh menyampaikan ilmu sememangnya mmg tak bole dibuat begitu
lilibanuarSy sgt setuju dgn ustaz..sy peminat jozan tp rancangan ari tu sy mmg agak tidak selesa dgn tingkah mereka spt mempermainkan pu Azman hingga diana danielle pon ade tegur. Harap @zizanrazak869 @jozlynnhanania lbih sensitif dgn situasi..no hard feeling sy ikhlas.

Nur Farra