Siakap Keli

14 Mayat Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Plastik Menjadi Misteri Penduduk Setempat

Pihak berkuasa dan orang ramai terkejut apabila menjumpai sekurang-kurangnya 14 mayat bayi baru lahir ditemui dalam bungkusan plastik di Haridebpur, Selatan Kolkata pada Ahad.

Mayat yang ditemui di kawasan tanah berumput itu telah pun diliputi dengan pokok renek dan ranting.

Datuk Bandar Sovan Chatterjee dan Pesuruhjaya Polis Rajeev Kumar yang bergegas ke tempat kejadian berkata, “saya dimaklumkan oleh ahli dewan tempatan bahawa kawasan tersebut penuh dengan sampah sarap yang telah dibiarkan selama berbulan-bulan.”

“14 mayi baru lahir itu ditemui di satu kawasan bertanah, telah dibalut dengan plastik serta bahan kimia untuk menghalang mayat daripada berbau dan reput.”

Pihak polis telah menutup kawasan kejadian dan masih melakukan siasatan lebih mendalam untuk mencari punca kematian bayi-bayi tersebut.

Sumber: Khaleej Times

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di