Siakap Keli

“Bukan Kami Yang Lepaskan”, SPRM Terkejut Dengan Pembebasan Lim Guan Eng

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui satu kenyataan media sebentar tadi telah menafikan pihak mereka telah menarik balik kes dan membebaskan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dari tuduhan rasuah yang masih berada dalam siasatan.

SPRM telah menyatakan mereka amat terkejut dengan perkembangan terbaru ini di mana menegaskan bahawa keputusan menarik balik kes tersebut telah diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara dan bukannya daripada pihak mereka.

“SPRM amat terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini yang membebaskan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot banglo dan tuduhan bersubahat dihadapi ahli perniagaan, Phang Li Koon selepas pihak pendakwaan menarik balik kes itu,” tulis mereka dalam kenyataan itu.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pagi tadi telah membebaskan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon atas tuduhan rasuah berhubung pembelian banglo selepas Jabatan Peguam Negara menarik balik pertuduhan.

Kes telah dibicarakan berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran di Mahkamah Tinggi bermula 26 Mac lalu dengan pihak pendakwaan mengemukakan pertuduhan pindaan terhadap kedua-dua tertuduh.

Sumber: SPRM

Daus Ishak

Jangan terpaku terlalu lama dengan kejayaanmu