Siakap Keli

Filem Munafik 3 Bakal Muncul 2 Tahun Dari Sekarang – Yusof Haslam

Hari ini sudah genap 5 hari filem Munafik 2 ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Untuk hari pertama tayangan sahaja filem terbitan Skop Production Sdn Bhd ini telah berjaya mengutip sehingga RM5.65 juta. Sehingga kini produksi itu masih belum mengumumkan jumlah kutipan semasa yg berjaya dikumpul.

Penerbit filem Munafik 2, Datuk Yusuf Haslam menerusi akaun Instagram rasmi filem tersebut mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat malaysia yang memberikan sokongan padu kepada filem arahan anakanda beliau, Syamsul Yusuf.

Dalam video yang berdurasi seminit itu juga, Yusuf Haslam memberitahu bahawa Munafik 3 bakal muncul 2 tahun dari sekarang selepas mendapat sambutan hangat untuk Munafik 1 dan 2.

Syamsul Yusuf yang juga penerima Anugerah Pengarah terbaik Asia Pasifik itu juga tidak menyangka sokongan padu yang diberikan kepada karya beliau ini sungguh luar biasa.

Ramai yang berpendapat bahawa filem ini adalah satu penanda aras baru industri perfileman negara supaya produksi serta pengarah-pengarah lain juga turut bersaing untuk menghasilkan filem-filem yang berkualiti serta dapat mendidik masyarakat.

 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)