Siakap Keli

Lim Guan Eng Dan Phang Li Koon Bebas Tuduhan Rasuah Skandal Pembelian Banglo

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang sebentar tadi membebaskan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon atas tuduhan rasuah berhubung pembelian banglo selepas Jabatan Peguam Negara menarik balik pertuduhan.

Kes dibicarakan berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran di Mahkamah Tinggi bermula 26 Mac lalu dengan pihak pendakwaan mengemukakan pertuduhan pindaan terhadap kedua-dua tertuduh.

Lim dan Phang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pindaan yang dibacakan di hadapan Hakim Hadhariah Syed Ismail.

Bagi pertuduhan pindaan pertama Lim didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isteri Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn. Bhd.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)