Siakap Keli

“Terima Kasih Syed Saddiq Kerana Ada Dimana-mana Untuk Atlet,” – Khairy Jamaluddin

Hasrat kontinjen Malaysia untuk mencapai sasaran 7 pingat emas pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 akhirnya tercapai menerusi kejayaan terakhir pasukan skuasy lelaki negara pada 1 September lalu.

Jumlah kemenangan Malaysia mengutip 7 pingat emas, 13 perak dan 16 gangsa pada edisi ke-18.  Temasya sukan berkenaan yang sudah melabuhkan tirainya di Stadium Utama Gelora Bung Karno malam tadi, 2 September.

Ekoran kejayaan yang dicapai atlet Malaysia, Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi status Twitter miliknya berkongsi  kegembiraan dan bangga dengan kesemua kontinjen yang sudah pun melakukan yang terbaik demi negara.

Beliau turut berterima kasih kepada Syed Saddiq kerana dilihat memberi sokongan penuh kepada setiap atlet untuk meneruskan perjuangan mereka demi pingat emas.

Status berkenaan disambut baik Syed Saddiq yang turut berterima kasih atas usahanya sebelum ini yang membawa kepada kecemerlangan tersebut.

Nur Farra