Siakap Keli

(Video) Anak Lemas Cuba Selamatkan Diri Sendiri Sementara Ibunya Leka Main Telefon

Rakaman mengejutkan menunjukkan detik cemas seorang kanak-kanak sedang mencuba sedaya menyelamatkan dirinya daripada terus lemas kira-kira 90 saat sementara ibu yang berada dihadapannya sedang leka bermain telefon pintar.

Dalam klip video itu, kanak-kanak tersebut dilihat cuba mendapatkan perhatian ibunya tetapi dia langsung tak menyedari kejadian yang menimpa anak itu walau pun berada pada jarak yang sangat dekat.

Kejadian berlaku di salah sebuah pusat mainan kanak-kanak di bandar Fuzhou, Fujian apabila pelampung yang digunakan oleh Xiaoai tiba-tiba terbalik ke belakang.

Seorang lagi kanak-kanak yang berada di dalam kolam yang sama dilihat cuba menyelamatkan Xiaoai apabila dia cuba menghulur tangannya ke arah mangsa, dan mendapatkan pelampung untuk mangsa berpaut namun usahanya tidak berhasil.

Setelah lebih 90 saat bertarung sendirian di dalam kolam, ibu mangsa yang menyedari pergelutan tersebut segera mendapatkan Xiaoai dan membawa keluar daripada kolam tersebut.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.  Doktor yang merawat berkata, “sejurus kanak-kanak itu tiba ke sini, jantungnya terhenti dan wajahnya sudah berubah ungu.”

“Kami cuba mendapatkan denyutan nadinya kembali menggunakan rawatan kecemasan, tapi kami dia tak dapat bernafas dengan baik dan didapati masih koma.”

Ibu mangsa dalam satu temu bual berkata, “saya hanya tengok telefon tak sampai seminit.”

Kes masih disiasat dan kolam tersebut telah pun ditutup sementara polis menjalankan siasatan.

Sumber: Mirror UK

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.