Siakap Keli

‘Kalau Naik Proton Wira, Jangan Jemput Aku’, Luluh Hati Lelaki, Rakan Wanita ‘Malu’ Naik Wira Kesayangannya

Ya, ini mungkin satu realiti yang sangat menyakitkan hati berlaku pada seorang lelaki. Manakan tidak, kerana sebuah ‘Proton Wira’ yang dimiliknya, seorang gadis dikatakan tidak sudi bahkan malu untuk menaiki kenderaan tersebut.

Luahan Bosco Fong yang kesal dengan kejadian menimpanya itu, menjadi viral di media sosial baru-baru ini. Dia yang merasa kesal dengan sikap kawan perempuannya yang dianggap terlalu memilih mempersoalkan kenapa gadis itu tidak sudi menaiki kereta tersebut yang masih dalam keadaan baik dan telah banyak berjasa kepadanya.

Menurutnya, dia menjemput seorang kenalan wanita untuk pulang dari kerja tetapi apabila sampai di tempat tersebut, rakannya itu seakan-akan berpura-pura tidak mengenalinya walaupun dia menekan hon beberapa kali.

“Baru tadi, saya pandu kereta Proton Wira untuk menjemput kawan perempuan dari tempat kerjanya. Apabila saya tiba di lokasi, saya menekan hon beberapa kali tetapi dia tidak masuk ke dalam kereta dan seakan tidak mengenali saya.

Lebih membuatkannya terkilan, gadis itu turut memesan ‘Grab’ dan menghantar pesanan kepadanya. Luluh hati lelaki ini !

“Lain kali jika memandu kereta Proton Wira, jangan datang menjemputnya.

“Wira ini telah menemani saya di mana saya pernah memandunya berulang alik dari Johor Bahru ke Pulau Pinang. Malahan, kereta ini juga mampu pergi ke Genting Highlands tanpa sebarang masalah.

“Penghawa dinginnya juga masih sejuk, mengapa dia tidak mahu masuk ke dalam kereta saya,” tulisnya di dalam facebook.

Pada masa sama, Bosco turut berkongsi perbualannya dengan gadis itu bagi memastikan kenapa dia tidak sudi menaiki kenderaan itu bersamanya.

 

Malangnya, soalan itu tidak dijawab. Sebaliknya, perempuan itu memaklumkan kepadanya dia telah melanggan perkhidmatan Grab Car untuk menjemputnya.

“Saya sudah sampai di luar tempat kerja awak, tetapi awak lebih rela naik Grab berbanding masuk ke dalam kereta saya?

Awak fikir Proton Wira saya ini benar-benar memalukan ke untuk dinaiki?” soal Bosco dalam mesej tersebut.

Post Bosco itu viral meluas di media sosial dan kini telah dikongsi lebih dari 6 ribu kali oleh netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasibnya.

“Mujur dia cuma kawan, bukan teman wanita,” kata netizen yang juga mengkritik perempuan itu terlalu materialistik dan berkata mempunyai kereta pun sudah cukup baik.

Sesetengah gadis turut berkongsi pengalaman mereka yang sanggup menaiki kenderaan bersama lelaki yang mempunyai Perodua Kancil dan langsung tidak kisah akan hal tersebut.

Jangan nilai orang dari luaran, kalau anda nak tahu, Proton Wira lah kenderaan ‘panas’ yang paling banyak dicuri di Malaysia !

Sumber : Bosco Fong

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.