Siakap Keli

Kejam, Hanya Kerana Terkencing Dalam Seluar, Ibu Bunuh Dan Sumbat Mayat Anak Dalam Beg

AMERIKA SYARIKAT: Seorang wanita tergamak membunuh anak perempuannya kerana terkencing dalam seluar sebelum meletakkan mayatnya di dalam sebuah beg pakaian.

Menurut polis, Dejah Hunt, 3, maut akibat dipukul objek tumpul dan mayatnya ditemui dalam beg pakaian yang disorok dalam sebuah almari.

Ibunya, Aisha Yvonne Thomas pada awalnya menghubungi pihak polis bagi melaporkan kehilangan anaknya pada Khamis lalu dengan mengatakan bahawa kanak-kanak itu hilang selepas merayau-rayau ketika dalam perjalanan ke kedai bersamanya dan anak-anaknya yang lain.

Siasatan dan proses pencarian yang dilakukan pihak polis bagaimanapun menemukan mangsa di apartmen milik ibunya di Las Vegas.

Wanita berusia 29 tahun itu akhirnya mengaku memukul anaknya kerana terkencing dalam seluar sebelum panik melihat Dejah tidak sedarkan diri lalu bertindak membungkus tubuh anaknya menggunakan plastik sampah dan disumbat ke dalam beg pakaian.

Ketika kejadian, ayah kepada mangsa dilaporkan berada di penjara ekoran aduan keganasan domestik empat hari sebelum kematian anaknya.

Aisha kini ditahan di penjara bagi menunggu perbicaraan pada 1 Oktober depan sementara tiga lagi anaknya diletakkan di bawah jagaan pihak kebajikan masyarakat.

Sumber- MetroUk

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar