Siakap Keli

Dengan Modal Serendah RM 94, Anda Boleh Miliki Peranti Samsung Galaxy Note 9 Melalui Cara Ini

Samsung telah melancarkan peranti premium mereka, Galaxy Note 9 bagi pasaran Malaysia pada 15 Ogos lalu dalam satu majlis gilang-gemilang yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil. Semasa majlis tersebut, Samsung telah mengumumkan beberapa pengedar rasmi bagi peranti berkenaan termasuklah Celcom.

Dengan status sebagai rakan pengedar rasmi, Celcom telah pun menyediakan pra-tempahan bagi Galaxy Note 9 bermula pada 10 Ogos yang lalu. Tidak cukup dengan itu, seiring dengan bermulanya penjualan secara rasmi peranti tersebut bagi pasaran tempatan, Celcom telah memberi peluang kepada orang ramai untuk memilikinya dengan bayaran serendah RM 94/bulan.Ya, betul. Dengan hanya RM 94 sebulan, Samsung Galaxy Note 9 akan berada di genggaman anda melalui program EasyPhone™ dari Celcom. Bukan itu sahaja, anda mungkin berpeluang untuk terpilih sebagai  salah seorang daripada 3 pemenang bertuah bagi pakej percutian 5 hari 3 malam ke Korea Selatan yang ditanggung sepenuhnya oleh Samsung.Semua ini dapat dilakukan dengan EasyPhone™RENT.  Ia merupakan pakej pertama seumpamanya yang pernah diperkenalkan setakat ini di mana Celcom memberi peluang kepada pengguna menyewa peranti kegemaran mereka dengan komitmen bulanan yang sangat rendah.

Selain EasyPhone™RENT, Celcom turut menyedia EasyPhone™OWN bagi mereka yang mahu memiliki telefon pintar secara terus. Bagi anda yang berminat untuk memiliki Samsung Galaxy Note 9 di bawah pakej ini, anda boleh lakukannya dengan bayaran bulanan serendah RM 111.

Murah bukan? Selain daripada itu, Celcom juga menyediakan pelbagai pakej menarik lain bagi peranti premium Samsung ini di bawah program EasyPhone™ seperti di bawah :Lebih menarik, ia turut disertai dengan program EasySwitch. Ia membolehkan pengguna menaiktaraf peranti yang mereka gunakan bila-bila masa. Untuk melakukannya, anda hanya perlu ke cawangan blue cube terdekat dan membawa peranti sedia ada untuk dinilai. Sekiranya peranti lulus penilaian dengan baik, anda boleh bawa pulang peranti baru anda pada waktu yang sama.

Berbalik kepada percutian ke Korea Selatan yang ditawarkan oleh Celcom ini, tiga pemenang bertuah akan dibawa melawat ke Samsung d’Light Mega Store selama separuh hari. Malah, mereka juga akan diberi peluang untuk membeli belah di kawasan beli-belah popular, Jalan Myeongdong & Pasar Dongdaemun selain ke Istana Geongbokgung dan Pulau Nami. Sangat, sangat menyeronokkan.

Foto-foto dalam imej di atas mungkin akan anda tangkap sendiri menggunakan peranti Samsung Galaxy Note 9 yang anda miliki melalui Celcom EasyPhone™.

Bagi menikmati semua ini, mereka yang berminat hanya perlu melayari laman sesawang rasmi Celcom EasyPhone™ atau terus ke cawangan blue cube terdekat bagi mendaftarkan penyertaan anda bagi program tersebut. Pilih pelan yang diingini dan bawa pulang peranti Samsung Galaxy Note 9 anda dan mula bergaya dengannya.Ia semudah 1,2,3, bukan? Jadi, apa lagi anda tunggu? Jangan lepaskan peluang anda untuk memiliki Galaxy Note 9 dengan pakej terbaik dari Celcom ini dan anda mungkin berpeluang melancong ke Korea Selatan untuk bertemu dengan Oppa, Noona & Dongseang idaman anda.

Peluang ke Korea ini hanya dibuka kepada mereka yang mendaftar di antara 24 Ogos – 21 September 2018 sahaja, jadi daftar segera melalui laman sesawang rasmi Celcom atau cawangan blue cube berhampiran dengan anda sekarang!



Haikal Ariff

I don't care what people think, because people don't think