Siakap Keli

Pelanggan Jumpa Ulat Bulu Dalam Nasi Briyani, Ikea India Mohon Maaf

NEW DELHI: Pihak pengurusan Ikea di India memohon maaf kepada seorang pelanggan selepas lelaki itu menemui bangkai seekor ulat bulu dalam nasi yang dipesannya.

Syarikat perabot terkemuka dari Sweden itu membuka cawangannya di negara tersebut bagi memenuhi permintaan negara dengan populasi rakyat seramai 1.25 bilion.

Pelanggan, Abeed Mohammad memuat naik gambar ulat bulu yang dijumpai dalam hidangan briyani dipesannya ke laman media sosial Twitter.

Sejurus menerima laporan, pihak pengurusan menghantar notis kepada Ikea serta pembekal makanan terbabit berikutan insiden itu.

Menurut agensi berita Press Trust of India, Ikea turut didenda 11,500 rupees (RM668) kerana menggunakan penutup plastik pada makanan dan tidak melaksanakan kaedah mengasingkan sisa makanan.

Ikea berkata, mereka memiliki garis panduan yang ketat berhubung keselamatan makanan dan memohon maaf kepada pelanggan terbabit atas pengalaman tidak menyenangkan itu.

Sumber- Straitstimes

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar