Siakap Keli

‘Saya Minta Maaf Sangat-Sangat’ – Ben Ladin Mengaku Agak ‘Jahil’ Sejarah Negara

Baru-baru ini tular apabila penyanyi muda negara Ben Ladin gagal menjawab soalan asas berkenaan kemerdekaan dan sejarah negara dalam satu temu bual rancangan hiburan.

Rata-rata netizen memberi kecaman dan meluahkan rasa kecewa mereka terhadap penyanyi lagu Hikayat Ben Ladin itu yang disifatkan tidak boleh diterima kerana soalan itu merupakan pengetahuan asas yang harus diketahui oleh rakyat negara ini.

Susulan itu, Ben atau nama sebenarnya Muhammad Benladin Munshi Shaihan, 17, tampil memohon maaf secara terbuka atas kejahilan dan kekurangan ilmu pengetahuannya itu.

Beliau berkata selepas apa yang berlaku, dia akan belajar dan peka tentang perkara yang melibatkan sejarah dan patriotik selepas ini.

“Assalamualaikum semua, jadi beberapa hari lepas telah tular video temu bual Ben kerana gagal menjawab perkara-perkara asas tentang kemerdekaan dan kenegaraan.

“Jadi Ben ingin menyusun 10 jari meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia. Tiada alasan atas kejahilan dan kekurangan pengetahuan Ben tentang perkara-perkara asas seperti ini.

“Jadi, lepas ini Ben harus belajar dan peka tentang perkara-perkara yang melibatkan sejarah dan patriotik,” kata Ben menerusi video yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Tambah Ben, dia berharap permohonan maafnya diterima seluruh rakyat Malaysia dan meminta agar mereka dapat memberi sokongan moral kepadanya.

”Diharap permohonan maaf iklas daripada Ben ini boleh diterima oleh semua rakyat Malaysia, dan diharap semua rakyat Malaysia boleh memberi sokongan moral kepada Ben,” katanya.

Dia juga menerima semua teguran dan nasihat yang diberikan kepada itu dengan rasa ikhlas dan rendah diri.

”Ben terima semua teguran dan nasihat dengan ikhlas dan juga rendah diri. Ben minta maaf sangat-sangat,” katanya lagi.

View this post on Instagram

Sorry Malaysian🙏

A post shared by B-E-N (@mohd_benladin) on

Sumber : mohd_benladin

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di